Saturday 28 December 2013

You Rock,My Socks \(^_^)/


Dewasa ini,ramai wanita yang enggan menutup aurat mereka dengan sempurna...
Mereka bertanggapan bahawa 'balut' aurat itu sama seperti menutup aurat...
Allahu :'(
 
Perbualan ringkas antara An-Nur dan Umar...
 
An-Nur : Cuba kau teka,apa yang aku tengah buat ni.
Umar : Of courselah kau tengah balut nasi lemak.
An-Nur : Balut tu betullah.Tapi,mana kau tahu yang aku balut nasi lemak?
Umar : Nampak pun taulah sister.Tengok tu,siap ada ikan lagi.
An-Nur : Ikan?Mana kau tahu?Sedangkan aku dah balut habis dah.Tak Nampak apa pun.
Umar : Ala,nampak bentuk ikan la.Nama pun 'baluttt'.
An-Nur : Kalau macam tu,teka yang ni pulak.Ada apa bawah tudung saji ni?
Umar : Erm,bau macam mee goreng.Macam mee rebus pun ada.Ada apa bawah ni?
An-Nur : Salah,cuba teka lagi.
Umar : Erm,maggie ek?
An-Nur :Tak lah!Nie Nasi gorenglah. *sambil buka tudung saji*
 
#Jadi,ada bezanya antara TUTUP dan BALUT wahai kaum Hawa :)
 
  1. Bulu kening “Rasullullah melaknat perempuan yang mencukur/ menipiskan bulu kening/ meminta supaya dicukurkan bulu keningnya” (HR. Abu Daud)
  2. Kaki (tumit kaki) “Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” (QS. An-Nur : 31)Keterangan : menampakkan kaki & menghayunkan/ melenggokan badan mengikuti hentakan kaki.
  3. Wangian “Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina (HR. Nasaii ibn Khuzaimah & Hibban).
  4. Dada “Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain kudung hingga menutupi dada mereka” (QS. An-Nur : 31).
  5. Gigi “Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikir giginya(HR. At-Thabrani)
“Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan ALLAH” (HR. Bukhari & Muslim)
  1. Muka & Tangan. Asma binti Abu Bakar telah telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah “Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja” (HR. Bukhari & Muslim)
  2. Tangan “Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik dari pada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya” (HR. At-Thabrani & Baihaqi)
  3. Mata “Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukan sebagian dari pandangannya” (QS. An-Nur : 31)
Sabda Nabi SAW “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan yang seterusnya tidak dibenarkan” (HR. Tirmidzi & Abu Daud)
  1. Mulut (suara) “Janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” (QS. Al Ahzab : 32)
Tunduk = berbicara dengan sikap yang menimbulkan keberanian orang bertindak yang tidak baik terhadap mereka
Dalam hati mereka ada penyakit = orang yang mempunyai niat serong dengan wanita, seperti melakukan zina)
  1. Kemaluan “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin hendaklah mereka menundukan pandangannya dan menjaga kehormatannya (An – Nur : 31)
  2. Pakaian “Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka ALLAH akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhir nanti” (HR. Abu Daud)
“Sesungguhnya sebilang ahli neraka adalah perempuan-perempuan yang berpakaian tapitelanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat, mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya” (HR. Bukhari & Muslim)
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (QS. Al Ahzab : 59)
  1. Rambut “Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mau menutup rambutnya daripada dilihat laki-laki yang bukan mahramnya” (HR. Bukhari & Muslim)
So,Wahai Hawaku sayang,tiada alasan untuk kamu semua tidak menutup aurat dengan sempurna.Sudah terang lagi bersuluh tertulis dalam Al-Quran.Ayuh kita sama-sama tutup aurat Hawaku sayang :)
 
Nota:Kaum Adam,aurat awokkk antara pusat hingga ke lutut.Kalau Hawa boleh tutup hampir seluruh tubuh,takkan la yang sikit tu pun awokk tak mampu tutup -,- Kalau main bola tu,lutut jaga-jaga.Bukan suruh jaga tak kasik cedera,tapi jaga tak kasik nampak -,-
 

No comments:

Post a Comment