Tuesday 25 March 2014

Cerpen Islam (Bahagian 3)

  "Ana dulu,hantar satu SMS jer kat dia.Ana terangkan dekat dia hubungan dibina tu salah.Minta maaf kita berakhir disini.Tolong jangan cari ana lagi.Lepas tu,ana tukar nombor.Ana tak hubungi dia langsung lepas tuh."
  "Maksudnya Amar tak boleh hubungi dia langsung la lepas ni?Tapi bang,Amar ada jugak kawan perempuan yang lain,boleh pulak Amar hubungi mereka?"
  "Dengan dia ni lain.Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia.Tapi,kalau nanti ditaqdirkan satu Universiti,satu kuliah,disuruh pulak buat group discussion,anta buat biasa je."

  Tiba-tiba Amar terfikir..."Dia ni nak suruh aku putus malam ni jugak ke?Sekarang gak?Tak ke awal sangat?"

  Amar cakap..."Amar rasa Amar belum ada kekuatan la bang.Boleh tak Amar tunggu sampai Amar ada kekuatan bang?"Amar ingat nak lari.
  "Akhi,anta kena ingat.Kekuatan itu tidak boleh ditunggu,tapi ia perlu dibina.Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri.Anta boleh rujuk surah al-Ra'd:13:11.Lagipun,anta nak tunggu sampai bila?"

  Alamak!Tak boleh lari lagi...Amar rasa macam brother ni paksa Amar clash waktu tu jugak.

  "Semuanya dah jelas.Buat pe aku nak tangguh-tangguh lagi.Nanti Allah tarik hidayah,susah pulak nak tinggal.Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya inilah masanya."Amar teragak-agak menaip SMS itu tapi dia kuatkan semangat.


  Berat betul nak hantar SMS tu dekat Hanis.Amar masih tak mampu nak ucap selamat tinggal.Sebab tu dalam SMS tu Amar hanya akhirkan dengan ucapan salam.Amar ingin sertakan simbol ':)' tapi takut jadi fitnah pulak.Amar abaikan.
  Lepas beberapa ketika,Amar tekan juga button 'SEND'
  Lepas tu,tertera di skrin....

[SENDING]
[MESSAGE SENT]

                                                    ********************************
  Masa terus berlalu...Amar terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain.Dalam usaha nak lupakan Hanis,bukan mudah,tapi Amar terus cuba.Amar selalu bagi takzirah.Amar bagi ta'alim di masjid.Terangkan kepada orang,couple haram.Tunjuk segala dalil sebagaimana brother fasilator tu sedarkan Amar.Macam-macam yang berlaku.Amar dicemuh,Amar dikritik...ada gak yang setuju.Alhamdulillah.Tapi tak kisahlah semua tu.

  Tiba-tiba,satu pagi ni,Amar dapat SMS daripada Hanis.Hanis bagi gambar bunga.Bawah tu ada ayat.


  Amar rasa,Hanis masih tak dapat lupakan Amar.Amar pun fikir...kena tegas rasanya!Lepas tu,Amar hantarlah SMS dan rasanya itu yang terakhir.


  Assalamualaikum.Amar tahu,dulu Amar cakap,kalau ada jodoh InsyaAllah bertemu juga.Tapi Amar tak nak Hanis tunggu.Lupakan Amar.Biar Allah yang menentukan.Hanis jalankanlah kehidupan seperti biasa dengan mentaatiNya.Biarlah Allah yang menyatukan.Lagi satu,
'Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan,kekecewaan, dan tak kekal.Tapi carilah cinta Allah,tiada penipuan,tak pernah mengecewakan dan itulah cinta Abadi....Cinta yang diredhai."
                                                            "-Yang Terakhir-"

[SEND]
[SENDING...]
[MESSAGE SENT]

Tamat..... :)

The conclusion is....... # Tak perlu mengharap Cinta dari manusia,jika Cinta kepada ALLAH juga belum Sempurna.. Jika kita Cinta kepada ALLAH, Allah juga akan hantar seseorang untuk kita dan seseorg yg melabuhkan Cinta nya kpd Allah. # 

Kisah seorang tabiin..
Cerita Fudhail b Iyyadh:
"Beliau seorang kepala perompak. Satu hari dia nak rompak satu rumah, tiba-tiba dia terdengar perbualan suami isteri di rumah itu. Suami isteri tu tengah sembang untuk kahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang solat jemaah 40 hari 40 malam di masjid dan saf pertama.
Kebetulan Fudhail ternampak anak perempuan suami isteri tu dan dia jatuh cinta!
Maka dia pun semenjak hari itu, tinggalkan kerja merompak, dia terus jaga solat jemaah selama 40 hari 40 malam dengan niat supaya dia terpilih untuk kahwin dengan anak suami isteri itu.
Sehingga hari yang ke-40, si bapa kepada perempuan itu perasan bahawa Fudhail ni layak untuk kahwin dengan anak perempuannya kerana Fudhail dapat solat jemaah 40 hari 40 malam tanpa miss saf pertama!
Bila bapa tu nak tegur Fudhail, tiba-tiba Fudhail kata :
"Aku tahu kau datang ni untuk nak kahwinkan aku dengan anak perempuan kau. Dan NIAT ASAL aku jaga solat adalah untuk dapat kahwin dengan anak kau. Dulu aku ni perompak! Tapi aku terpaksa TOLAK TAWARAN kau. Kerana bila aku mula jaga solat, AKU DAH JUMPA CINTA SEJATI AKU, Allah!"
PENGAJARAN : Nak lupakan orang yang kita cinta ialah dengan cara banyakkan amal, hingga cinta pada manusia hilang, dan cinta pada Allah masuk. ♡

Wallahua'lam. Semoga berjaya mendapat cinta Allah. ♡

Bak kata Siti Nurhaliza : "Waktu persekolah ini, tak payahlah nak mencari cinta sejati bagai. Akak risau tengok adik-adik akak stress dengan masalah putus cinta. Fokuskan pada pelajaran dulu. Nanti bila dah bekerjaya, cinta itu akan datang dengan sendirinya." 



-Mocha-

Monday 24 March 2014

Cerpen Islam (Bahagian 2)

  "Akhi memang fitr perlu dikawal dan ada batasnyaah manusia,lelaki akan tertarik kepada perempuan dan begitu juga sebaliknya.Tapi dalam  Islam,perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya.Pergaulan peru dijaga.Allah berfirman dalam surah Al-Isra':17:32

"Dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk"

  "Tapi bang,Amar tak nampak pun yang kami ni mendekati zina.Niat kami baik.Amar dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami.SMS pun takdeklah jiwang-jiwang2,selalu bagi takzirah lagi.Kami selang-selang bagi."Amar tetap tak mahu kalah.
  "Memang betul niat anta baik.Tapi ingatlah,niat tak pernah menghalalkan cara.Yang batil tetap sahaja batil,yang haq tetap sahaja haq.Cuba tengok ayat ni."Sambil brother tu bukak al-Quran dia,dan tunjuk pada Amar ayat ni:

"Dan(juga)kaum Ad dan Tsamud,dan sungguh telah nyata bagi kamu(kehancuran mereka)dari(puing-puing)tempat tinggal mereka.Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka,lalu ia menghalangi mereka dari jaan (Allah),sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam:(Al-Ankabut:29:38)

  "Akhi,kalau anta faham ayat ni,sebenarnya apa yang berlaku kepada anta ialah,syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan.Walaupun anta berilmu tinggi,memang niat anta baik,tapi ingat,syaitan sangat licik.Lagipun,takkanlah sepanjang masa anta SMS dengan dia,anta ingat Allah?Mesti anta ada jugak melayan perasaan dengan dia kan?"

  Betul jugak katanya.Lepas tu Amar kata,"Tapi bang,kitaorang tak jumpa sebab bahaya.Kami sama-sama menjaga diri.Takkan dekat dengan zina jugak bang?"

  "Erm betul,anta dah janji tak nak jumpa dengan dia lagi.Anta dah dapat elakkan zina mata,tangan,kaki.Kalau anta janji tak nak call dia pula,anta dapat elak zina telinga dan lidah.Tapi akhi,mesti ada zina yang tetap anta tak dapat elak bila bercouple"Brother tu tersenyum.
  "Zina hati?"Amar menduga.
  "Betul,zina hati.Semua inilah yang Rasulullah SAW jelaskan,dalam hadithnya tentang bagaiman menghampiri zina itu.Enta boleh 'check' dalam Riyadus Solihin dalam bab 'larangan melihat wanita'.Rasulullah SAW bersabda,tangan boleh berzina dengan berpegangan,kaki boleh berzina dengan berjalan ke tempat maksiat,hati pula boleh berzina dengan merindui,mengingati dan membayangi si dia.Hakikatnya,macam mana pun anta buat,anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

  Amar terdiam...kelu.Tak tahu nak kata apa.Semua yang brother tu cakap,tiada salahnya.Kemudian dia sambung...


  "Ana dulu pun bercouple.Lagi lama,dari sekolah menengah sampai U,dekat  nak gred.Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah,anak terus tinggalkan.Ana siap dah fikir,dialah bakal isteri ana,bakal ibu anak-anak ana."

  "Amar risaulah bang,nanti apa kata kawan-kawan Amar?Dulu,Amar selalu minta diorag rapatkan diri Amar dengan Hanis,tapi sekarang?Amar kusut bang!"

  Masa tu Amar dah mula sebak.Malu betul.Amar menangis depan brother tu.Nasib baik tak dek orang lain masa tu.


  Brother tu jawab"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun,mereka boleh buat apa?Paling teruk pun,mereka akan mengata belakang.Anta dalam berdakwah ni,kita nak cari redha Allah,biarlah orang nak kata apa sekali pun.Kalau Allah tak redha,semuanya tak bermakna."

  "Pasal dia pulak,cuba anta fikir dari sudut positif,mungkin dia akan terima keputusan anta dengan matang.Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak bercouple.Ana yakin,dia takkan melakukan perkara bodoh.Kalau dia buat pun,itu bukan salah anta,anta hanya meninggalkan maksiat."

Amar menagis.Amar sedar yang Amar kena berhenti bercouple.Dah terang lagi bersuluh lampunya,COUPLE ITU HARAM!"Jadi apa Amar nak buat bang?"Amar sebak.


bersambung...... :)


-Mocha-


Hmm...Just want to say sorry :"


Aku tak pandai nak berkata-kata macam kau...Cuma aku harap..harap sangat...
Dapat bertentang empat mata dengan kau...
Cakap...
"Berhenti buat macam ni!Sakit tahu tak???"

Tapi,tak mungkinkan?
Mustahil!

Heh.Ketat.
Senyum dah kelat.
Mata dah kecik.
Air mata dah berat...

Aku harap kau maafkan aku..
Andainya kau tak dapat maafkan sekarang...
Aku mohon,maafkan aku sebelum aku pergi menemui Ilahi...
Aku takut disoal...
Aku takut...
Sungguh!

Yaa..memang
Aku tak layak..

Tak layak untuk kau maafkan...
Tapi,

Aku layak
Aku layak untuk kau ingati...
Bila?

Bila aku dah pergi nanti...
#Maaf.

Harini namaku Nadhirah Kader , Mungkin esok namaku Arwah Nadhirah Kader . Harini aku pakai pakaian yg cantik , mungkin esok aku akan pakai kain kafan. Harini aku berpijak diatas tanah, mungkin esok aku duduk dibawah tanah. Harini aku boleh mandi sendiri, mungkin esok org lain yg akan memandikan aku Harini aku bahagia bersama org disekeliling ku, 
mungkin esok aku akan bersendirian disana. Andaikata harini hari terakhir aku hidup didunia, 
ampunkanlah salah dan silap aku sepanjang perkenalan antara kita. 
Sekiranya aku pergi, sedekahkanlah Al-fatihah kepada aku . Assif a’la kulli hal :')
Fi hifzillah . :") Assalamualaikum .

Sincerely:
Your Sahabat : Nadhirah bt Abdul Kader

Cerpen Islam (Bahagian 1)


  Amar merupakan seorang pelajar pintar di sekolahnya.Dia bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh di utara negara.Namun begitu,dia mengalami suatu konflik dalam dirinya yang masih belum selesai.Dia cuba ber"COUPLE" untuk menyelesaikan masalahnya.Namun begitu...
  Suatu hariAmar mendengar ceramah....
Alhamdulillah!
  Dalam ceramah itu,Amar sedar,Amar banyak buat dosa danAmar kena berubah.Hidup Amar mesti selari dengan Islam.Amar kena jadi baik.Sebab itu memang fitrah manusia,menginginkan kebaikan.Semua orang nak masuk syurga kan???!
Sejak dari saat itu,Amar mula rapatkan diri dengan masjid.Rapatkan diri dengan al-Quran.Selalu solat jemaah awal waktu.Selalu dengar takzirah.
  Amar beli terjemahan al-Quran,sebab nak tadabbur al-Quran.Amar beli dua,satu untuk Amar satu untuk Hanis.Amar tak nak berubah sorang-sorang...Amar ajak Hanis berubah sekali.
Mula-mula Hanis terkejutdengan perubahan Amar.Hanis ingat Amar dah nak jadi alim,Amar nak berhenti couple.Amar kata,kita bukan buat benda yang salah.bercinta kerana Allah.Kita couple tak macam orang lain.Orang lain couple jiwang-jiwang,siap buat maksiat lagi.Tapi kita couple baik-baik.Jaga batas syara'.Tak guna ayat jiwang-jiwang,janji tak nak jumpa,takut berlaku maksiat...Cuma call and SMS je.
  Dan Hanis terima perubahan Amar tu.Amar banyak menasihati Hanis.Hanis pun terima,walaupun kadang-kadang Hanis merajuk sebab teguran Amar.Tapi Amar faham,perubahan memerlukan masa.Dan akhirnya Amar rasa,hubungan mereka diredhai Allah.Amar selalu berdoa supaya mereka kekal hingga ke pintu gerbang perkahwinan dan akhirnya bersambung di syurga.
  Dalam proses perubahan Amar,Amar mula menyedari dakwaah itu wajib.Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.Kalau kita tidak berdakwah,kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak sesuai dengan firmanNya alam surah Al-A'raf:7:164

"Dan (ingatlah)ketika suatu umat dianatara mereka berkata:"Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab  yang amat keras?"Mereka menjawab:"Agar kami mempunyai alasan(pelepas tanggungjawab)kepada Tuhanmu,dan  supaya mereka bertaqwa."

  Lepas tu Amar mulalaah beri takzirah pada kawan-kawan.Tegur mereka apa sahaja yang silap.Amar tak boleh tahan bila ada orang buat dosa.Amar mesti nak tegur.Selemah-lemah iman,tegur dengan hati,oleh sebab Amar nak jadi orang kuat iman.Apa lagi,,,tegur je la depan-depan.huhu~
  Lepas tu,satu masa....Amar tebaca pasal couple.

"COUPLE HARAM!"

  Amar tak percaya,tapi bila baca detail-detail yang dia bagi...macam betul pula.Tapi biasalah,kalau kita suka satu benda tu,kita tetap akan ada alasan untuk membenarkan pendapat kita.Amar pun buat tak tau pasal benda tu.Dan teruskan saja hubungannya dengan Hanis.Kita tak buat maksiat,kita jalan-jalan tak pegang tangan pun...tak jiwang-jiwang karat pun...Cuma saling ambil berat...kongsi masalah j...Tanya khabar..Borak-borak...siap bagi takzirah lagi...Apa yang haramnya dengan benda ni???Tak kisahlah......
  Masa ni dah nak dekat Trial SPM ...lagi tiga minggu sebelum trial.Dalam masa tu,Amar memang rajin study dengan kawan-kawan,buat study group.Pada masa yang sama bagi takzirah.Ada yang terima,ada yang buat tak tau.Kadang-kadang bila tegur,Amar kena marah pula...macam-macamlah alasannya,ada kata Amar menunjuk-nunjuk...huhu~
  Suatu masa ketika sedang mentadabbur al-Quran...

"Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan)kebejikan,sedang kamu melupakan diri(kewajiban)mu sendiri,padahal kamu membaca al-kitab(Taurat)?Maka tidaklah kamu berfikir?" (Al-Baqarah:44)

  Amar pun terfikir...."Selama ni aku asyik tegur orang je.Tapi aku sendiri banyak kekurangan.Cepat marah,suka buang masa,ada gak dosa-dosa yang dilakukan.Hmm,macam mana ni?"
Lepas tu,Amar terjumpa pula ayat ni...

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu,sedang kamu mengetahui."(Al-Baqarah:42)

  Tiba-tiba Amar terfikir sejenak.:Sebenarnya couple ni boleh ke tak?Adakah selama ni aku menganggap couple boleh?Habis tu,kenapa aku selalu malu bila mak ayah aku tahu aku berhubung dengan perempuan?Dan terkadang rasa bersalah?"Macam-macam Amar fikir.
  Amar ke Penang untuk mengikuti satu seminar dakwah.Amar harap dengan seminar ni,Amar akan lebih mantap.Dalam perjalan ke seminar tu,Amar masih SMS dengan Hanis.Sempat lagi pesan-pesan suruh jaga diri.Amar siap ingatkan Hanis suruh baca al-Quran.Fikir Amar,ini juga dakwah.

                                               *****************************

  Majlis malam tu berakhir dengan sesi taa'ruf,pukul 10 semua orang bebas untuk aktiviti sendiri.Lagipun semua penat.Tiba-tiba Amar tergerak untuk bertanya dengan fasilator yang ada disitu.Amar rasa inilah masa terbaik untuk tanya tentang couple.Amar teragak-agak.Amar kuatkan semangat mendekati 'Brother' fasilator tu.Masa tu dia sedang belek-belek al-Quran.

"Assalamualaikum bang,Amar nak tanya sikit boleh?"

"Waalaikumussalam.Erm,boleh.Duduklah.Anta nak tanya tentang apa?"
"Er,macam ni,sebelum Amar terlibat dengan dakwah,Amar kenal sorang gadis ni.Kitaorang bukan setakat kawan biasa,rapat la jugak."
"Bercinta ke?"

  Amar malu nak cakap.Nanti apa kata brother tu pulak.Mesti dia marah.Amar pun angguk then dia tanya,"Sebenarnya couple ni boleh ke tak bang?"


Bersambung.......... :)


-Mocha-


Friday 21 March 2014

SS???Opsssssssssss....


Sekarang sape yg salah?Awok atau dia? Hmm....Renungkan dan zikirkanlah sahabat :)

Mesti ramai yang pernah macam nie?
Tipu la kalau kata langsung tak pernah terdetik di hati walaupun sikit...betul tak?
Saya,awak,dia,,semua pernah lalaui semua ni,,,cuma bezanya,ada yang sungguh-sungguh dan ada yang cuma olok-olok...Sama jugak macam minat artis-artis korea tuh..SS jugop :P
Perasaan SS ni sebenarnya bukannya tak boleh tapi biarlah berpatutan ye...Tak payah sampaikan nak bunuh diri bagai....Fikir secara rasional ya sahabat sayang ^_^
Eh,awok2...ni nak habaq sikit...Kalau buleh,eh silap bukan kalau buleh tapi sebuleh-bulehnya toksah la dok COUPLE bagai ek :)
Tapi awokkk awokkk

Saya nak "MINTAK MAAF" banyak2 kat korang ...
Selama ni saya dok cakap couple tu HARAM ...
Tapi SEBENARNYA ... saya ...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-saya kan...
-
-
-
-
-
-
-erk...
-
-
-
-
-
-hmm...saya,,,
--
-
-
-
-
-
-
-
--
-
-
-
-
-
-ala....malu lah
-
-
-
-
-
--
-
-
-
Ana "COUPLE" dengan Allah ...
Ana tak boleh nak tahan lagi dah ...
Ana ... ana dah "JATUH CINTA" kat Dia ...
Mintak maaf ye korang sebab rahsiakan benda ni ...
*Buat muke mintak penampo*
p/s:Letakkan "CINTA" Allah sebagai cinta "PERTAMA" dan "TERAKHIR" dalam "HIDUP" kita ツ
۞ أستغفر الله العظيم ۞

Thursday 20 March 2014

Cutieeeeeeeeeeeee!Hooray! ^_^

Assalamualaikum....lama tk update belog...sbb apa ek?Wajiblah sbb saya duduk hostel -_-!

Okey,meh nak cireteee sikit tentang 3 bln yg tlh berlalu...Past Tense dongg :P Nak baca k??Tak yah la...nnt bosan,nagntok pulak :P Anda sanggop ambil cabaran??Ceh wah! :P



Satu dua tiga startttttt//////////-

Bulan 1:

5 haribulan tarikh aku msuk Madrasah Ulum Al-Hilmiah Titi Besi :) bersamaan dgn tarikh lahir kakakkuuuuee Siti Sulaihal :D ...baru 2 hari dok situ,dah rinduuu Pantai Remis T_T nanges habis..perghhhhhhhhh!! :P 17 haribulan,aku kenal semua bdk2 alimah..alimah j la..hafizah dop lg..hehe :P ...24 haribulan,tarikh aku gadoo...ceh wahh,gado weh!!Gado ape?Gado2 sayang lerr...hehe..gado pasal baldi je pung :3 29 haribulan cuti 2 hri sbb exam....dpt blik umah...tp sat j....sbb sehari dok dlm bas esoknya dh blik mad blik T_T



Masuk bulan 2 pulakkk...



Bulan 2:

1 haribulan...kelas Nahu aku tidoq weh!!!Ngantok sbb smlm bru blik mad..mlm2 buta pulak tu sampai :P 5 haribulan,cukup sebulan aku dok mad...dn melalui pelbgai mcm dogaaan...mcm2 org aku dpt kenal,,,baik,degil,nakal,kedekut...n mcm2 lg jenis 'perisa' :D yela,aku pon tk semporna :") Hanya Allah Maha Sempurna... :D 14 haribulan..Jeng Jeng Jeng...satu kejadian yg baru buat gua..muahahahaha(gelak jahat) Tau ape????Ada budak kena histeria wehhh T_T penat kitaorng baca manzil,surah jin,ayat kursi...dah la haritue,mudirah madrasah keluar..lg susah....kitaorng baca mcm2 'jampi' ./..hehesmpai dh 3 hri bru dia betol2 semboh...tula,sape2 suruh lepak kat luar memalam ngan waktu maghrib! =_= Cari Nahas! 21 haribulan,,ada sorang \Mufti dr South Africa dtg kasi bayan kt kitaorng...MashaAllah,bayan dia sungguh menenangkn jiwa...dia cerita ringkas j tp bnyk ilmu yg kitaorng dpt.. :")Alhamdulillah,...pastukn,bila kitaorng tgk lngit bila dh abis bayan,tau tk apa yg berlaku???Tmpt yg mufti tu duduk diselubungi dgn awan hitam ...pastu burung2  dok pusing keliling madrasah kitaonrg bnyk kali...nak kta betapa Allah lindung Mufti tu..SubhanAllah :"D 24 haribulan,,,hari lahir Norbayah,Sahabat seusrah,,walaupun tk prnh tgok dia,,,tp selesa berkwn dgn dia....dia baik,bnyk nasihatkan saya...Seronok dpt dgr suara dia :") Rindu Bayah!!! <3 27 haribulan,cuti hujung bulan,,,,,92% semua blik umah....tp aku???duduk mad sbb tk dek sape nk ambik aku...tk pela...Mujahadah itu Pahit kerna Syurga itu???MANIS! :D



Bulan 3:

1 haribulan hari lahir abng sulunggggggggggggg!!!Wish dia..hehe..dpt lepas rindu..Hmm..15,16 n 17 tarik2 penting buatkuuu....Ulangth ibuayah,kakak n hari lhir abang..tp aku lngsng tk wiah..sbb ape?Sbb telefon mad tk leh guna sbb bukan hari yg ditetapkan T_T sungguh!!Aku nages.................. :"(Aku org last dn yg pling lewat wish..benci..hanya doa shj mampu dikirmkn pada hri tersebur :") Hmmm....dn last 20 haribulan iaitu hri ni..aku disini,,,di rumah :P hOLIDAY~~~~~~~~~~



Tamat sudah ceritaaa..bosan tk??aku dah kata jangan baca,nnti ngantok..menguap k??tutup mulut tu pkai tangan kiri...pastu ucap tangauzzz :P