Tuesday 25 March 2014

Cerpen Islam (Bahagian 3)

  "Ana dulu,hantar satu SMS jer kat dia.Ana terangkan dekat dia hubungan dibina tu salah.Minta maaf kita berakhir disini.Tolong jangan cari ana lagi.Lepas tu,ana tukar nombor.Ana tak hubungi dia langsung lepas tuh."
  "Maksudnya Amar tak boleh hubungi dia langsung la lepas ni?Tapi bang,Amar ada jugak kawan perempuan yang lain,boleh pulak Amar hubungi mereka?"
  "Dengan dia ni lain.Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia.Tapi,kalau nanti ditaqdirkan satu Universiti,satu kuliah,disuruh pulak buat group discussion,anta buat biasa je."

  Tiba-tiba Amar terfikir..."Dia ni nak suruh aku putus malam ni jugak ke?Sekarang gak?Tak ke awal sangat?"

  Amar cakap..."Amar rasa Amar belum ada kekuatan la bang.Boleh tak Amar tunggu sampai Amar ada kekuatan bang?"Amar ingat nak lari.
  "Akhi,anta kena ingat.Kekuatan itu tidak boleh ditunggu,tapi ia perlu dibina.Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri.Anta boleh rujuk surah al-Ra'd:13:11.Lagipun,anta nak tunggu sampai bila?"

  Alamak!Tak boleh lari lagi...Amar rasa macam brother ni paksa Amar clash waktu tu jugak.

  "Semuanya dah jelas.Buat pe aku nak tangguh-tangguh lagi.Nanti Allah tarik hidayah,susah pulak nak tinggal.Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya inilah masanya."Amar teragak-agak menaip SMS itu tapi dia kuatkan semangat.


  Berat betul nak hantar SMS tu dekat Hanis.Amar masih tak mampu nak ucap selamat tinggal.Sebab tu dalam SMS tu Amar hanya akhirkan dengan ucapan salam.Amar ingin sertakan simbol ':)' tapi takut jadi fitnah pulak.Amar abaikan.
  Lepas beberapa ketika,Amar tekan juga button 'SEND'
  Lepas tu,tertera di skrin....

[SENDING]
[MESSAGE SENT]

                                                    ********************************
  Masa terus berlalu...Amar terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain.Dalam usaha nak lupakan Hanis,bukan mudah,tapi Amar terus cuba.Amar selalu bagi takzirah.Amar bagi ta'alim di masjid.Terangkan kepada orang,couple haram.Tunjuk segala dalil sebagaimana brother fasilator tu sedarkan Amar.Macam-macam yang berlaku.Amar dicemuh,Amar dikritik...ada gak yang setuju.Alhamdulillah.Tapi tak kisahlah semua tu.

  Tiba-tiba,satu pagi ni,Amar dapat SMS daripada Hanis.Hanis bagi gambar bunga.Bawah tu ada ayat.


  Amar rasa,Hanis masih tak dapat lupakan Amar.Amar pun fikir...kena tegas rasanya!Lepas tu,Amar hantarlah SMS dan rasanya itu yang terakhir.


  Assalamualaikum.Amar tahu,dulu Amar cakap,kalau ada jodoh InsyaAllah bertemu juga.Tapi Amar tak nak Hanis tunggu.Lupakan Amar.Biar Allah yang menentukan.Hanis jalankanlah kehidupan seperti biasa dengan mentaatiNya.Biarlah Allah yang menyatukan.Lagi satu,
'Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan,kekecewaan, dan tak kekal.Tapi carilah cinta Allah,tiada penipuan,tak pernah mengecewakan dan itulah cinta Abadi....Cinta yang diredhai."
                                                            "-Yang Terakhir-"

[SEND]
[SENDING...]
[MESSAGE SENT]

Tamat..... :)

The conclusion is....... # Tak perlu mengharap Cinta dari manusia,jika Cinta kepada ALLAH juga belum Sempurna.. Jika kita Cinta kepada ALLAH, Allah juga akan hantar seseorang untuk kita dan seseorg yg melabuhkan Cinta nya kpd Allah. # 

Kisah seorang tabiin..
Cerita Fudhail b Iyyadh:
"Beliau seorang kepala perompak. Satu hari dia nak rompak satu rumah, tiba-tiba dia terdengar perbualan suami isteri di rumah itu. Suami isteri tu tengah sembang untuk kahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang solat jemaah 40 hari 40 malam di masjid dan saf pertama.
Kebetulan Fudhail ternampak anak perempuan suami isteri tu dan dia jatuh cinta!
Maka dia pun semenjak hari itu, tinggalkan kerja merompak, dia terus jaga solat jemaah selama 40 hari 40 malam dengan niat supaya dia terpilih untuk kahwin dengan anak suami isteri itu.
Sehingga hari yang ke-40, si bapa kepada perempuan itu perasan bahawa Fudhail ni layak untuk kahwin dengan anak perempuannya kerana Fudhail dapat solat jemaah 40 hari 40 malam tanpa miss saf pertama!
Bila bapa tu nak tegur Fudhail, tiba-tiba Fudhail kata :
"Aku tahu kau datang ni untuk nak kahwinkan aku dengan anak perempuan kau. Dan NIAT ASAL aku jaga solat adalah untuk dapat kahwin dengan anak kau. Dulu aku ni perompak! Tapi aku terpaksa TOLAK TAWARAN kau. Kerana bila aku mula jaga solat, AKU DAH JUMPA CINTA SEJATI AKU, Allah!"
PENGAJARAN : Nak lupakan orang yang kita cinta ialah dengan cara banyakkan amal, hingga cinta pada manusia hilang, dan cinta pada Allah masuk. ♡

Wallahua'lam. Semoga berjaya mendapat cinta Allah. ♡

Bak kata Siti Nurhaliza : "Waktu persekolah ini, tak payahlah nak mencari cinta sejati bagai. Akak risau tengok adik-adik akak stress dengan masalah putus cinta. Fokuskan pada pelajaran dulu. Nanti bila dah bekerjaya, cinta itu akan datang dengan sendirinya." 



-Mocha-

No comments:

Post a Comment