Monday 24 March 2014

Cerpen Islam (Bahagian 1)


  Amar merupakan seorang pelajar pintar di sekolahnya.Dia bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh di utara negara.Namun begitu,dia mengalami suatu konflik dalam dirinya yang masih belum selesai.Dia cuba ber"COUPLE" untuk menyelesaikan masalahnya.Namun begitu...
  Suatu hariAmar mendengar ceramah....
Alhamdulillah!
  Dalam ceramah itu,Amar sedar,Amar banyak buat dosa danAmar kena berubah.Hidup Amar mesti selari dengan Islam.Amar kena jadi baik.Sebab itu memang fitrah manusia,menginginkan kebaikan.Semua orang nak masuk syurga kan???!
Sejak dari saat itu,Amar mula rapatkan diri dengan masjid.Rapatkan diri dengan al-Quran.Selalu solat jemaah awal waktu.Selalu dengar takzirah.
  Amar beli terjemahan al-Quran,sebab nak tadabbur al-Quran.Amar beli dua,satu untuk Amar satu untuk Hanis.Amar tak nak berubah sorang-sorang...Amar ajak Hanis berubah sekali.
Mula-mula Hanis terkejutdengan perubahan Amar.Hanis ingat Amar dah nak jadi alim,Amar nak berhenti couple.Amar kata,kita bukan buat benda yang salah.bercinta kerana Allah.Kita couple tak macam orang lain.Orang lain couple jiwang-jiwang,siap buat maksiat lagi.Tapi kita couple baik-baik.Jaga batas syara'.Tak guna ayat jiwang-jiwang,janji tak nak jumpa,takut berlaku maksiat...Cuma call and SMS je.
  Dan Hanis terima perubahan Amar tu.Amar banyak menasihati Hanis.Hanis pun terima,walaupun kadang-kadang Hanis merajuk sebab teguran Amar.Tapi Amar faham,perubahan memerlukan masa.Dan akhirnya Amar rasa,hubungan mereka diredhai Allah.Amar selalu berdoa supaya mereka kekal hingga ke pintu gerbang perkahwinan dan akhirnya bersambung di syurga.
  Dalam proses perubahan Amar,Amar mula menyedari dakwaah itu wajib.Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.Kalau kita tidak berdakwah,kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak sesuai dengan firmanNya alam surah Al-A'raf:7:164

"Dan (ingatlah)ketika suatu umat dianatara mereka berkata:"Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab  yang amat keras?"Mereka menjawab:"Agar kami mempunyai alasan(pelepas tanggungjawab)kepada Tuhanmu,dan  supaya mereka bertaqwa."

  Lepas tu Amar mulalaah beri takzirah pada kawan-kawan.Tegur mereka apa sahaja yang silap.Amar tak boleh tahan bila ada orang buat dosa.Amar mesti nak tegur.Selemah-lemah iman,tegur dengan hati,oleh sebab Amar nak jadi orang kuat iman.Apa lagi,,,tegur je la depan-depan.huhu~
  Lepas tu,satu masa....Amar tebaca pasal couple.

"COUPLE HARAM!"

  Amar tak percaya,tapi bila baca detail-detail yang dia bagi...macam betul pula.Tapi biasalah,kalau kita suka satu benda tu,kita tetap akan ada alasan untuk membenarkan pendapat kita.Amar pun buat tak tau pasal benda tu.Dan teruskan saja hubungannya dengan Hanis.Kita tak buat maksiat,kita jalan-jalan tak pegang tangan pun...tak jiwang-jiwang karat pun...Cuma saling ambil berat...kongsi masalah j...Tanya khabar..Borak-borak...siap bagi takzirah lagi...Apa yang haramnya dengan benda ni???Tak kisahlah......
  Masa ni dah nak dekat Trial SPM ...lagi tiga minggu sebelum trial.Dalam masa tu,Amar memang rajin study dengan kawan-kawan,buat study group.Pada masa yang sama bagi takzirah.Ada yang terima,ada yang buat tak tau.Kadang-kadang bila tegur,Amar kena marah pula...macam-macamlah alasannya,ada kata Amar menunjuk-nunjuk...huhu~
  Suatu masa ketika sedang mentadabbur al-Quran...

"Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan)kebejikan,sedang kamu melupakan diri(kewajiban)mu sendiri,padahal kamu membaca al-kitab(Taurat)?Maka tidaklah kamu berfikir?" (Al-Baqarah:44)

  Amar pun terfikir...."Selama ni aku asyik tegur orang je.Tapi aku sendiri banyak kekurangan.Cepat marah,suka buang masa,ada gak dosa-dosa yang dilakukan.Hmm,macam mana ni?"
Lepas tu,Amar terjumpa pula ayat ni...

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu,sedang kamu mengetahui."(Al-Baqarah:42)

  Tiba-tiba Amar terfikir sejenak.:Sebenarnya couple ni boleh ke tak?Adakah selama ni aku menganggap couple boleh?Habis tu,kenapa aku selalu malu bila mak ayah aku tahu aku berhubung dengan perempuan?Dan terkadang rasa bersalah?"Macam-macam Amar fikir.
  Amar ke Penang untuk mengikuti satu seminar dakwah.Amar harap dengan seminar ni,Amar akan lebih mantap.Dalam perjalan ke seminar tu,Amar masih SMS dengan Hanis.Sempat lagi pesan-pesan suruh jaga diri.Amar siap ingatkan Hanis suruh baca al-Quran.Fikir Amar,ini juga dakwah.

                                               *****************************

  Majlis malam tu berakhir dengan sesi taa'ruf,pukul 10 semua orang bebas untuk aktiviti sendiri.Lagipun semua penat.Tiba-tiba Amar tergerak untuk bertanya dengan fasilator yang ada disitu.Amar rasa inilah masa terbaik untuk tanya tentang couple.Amar teragak-agak.Amar kuatkan semangat mendekati 'Brother' fasilator tu.Masa tu dia sedang belek-belek al-Quran.

"Assalamualaikum bang,Amar nak tanya sikit boleh?"

"Waalaikumussalam.Erm,boleh.Duduklah.Anta nak tanya tentang apa?"
"Er,macam ni,sebelum Amar terlibat dengan dakwah,Amar kenal sorang gadis ni.Kitaorang bukan setakat kawan biasa,rapat la jugak."
"Bercinta ke?"

  Amar malu nak cakap.Nanti apa kata brother tu pulak.Mesti dia marah.Amar pun angguk then dia tanya,"Sebenarnya couple ni boleh ke tak bang?"


Bersambung.......... :)


-Mocha-


No comments:

Post a Comment