Saturday 4 October 2014

Alien??Hah?!mpossible!

Episode 2

"AllahuAkbar AllahuAkbar!"Azan subuh berkumandang.Azlin tersedar dari lenanya.Dia merasa seperti ada seuatu yang menghempap kakinya.Azlin cuba bangun.Membulat matanya melihat tangan gergasi hijau itu berada di atas pahanya.Segera dia menolak."Haram kau tahu tak!"Azlin merungut sendirian lalu dia mengejutkan abangnya.
   Akibat penat bercampur mengantok,mereka bertiga tertidur di ruang tamu.Al-Fateh bangun dan terus mengejutkan gergasi hijau itu pula lalu membawanya ke bilik."Hodoh benor muka gergasi hijau tu tidur,"kutuk Azlin di dalam hati lalu tersenyum manis.
   Seusai solat subuh,Azlin bersiap-siap untuk keluar membeli beberapa barang keperluan gergasi hijau itu.Al-Fateh cepat2 menyumbatkan gergasi hijau itu ke dalam Alpartnya.Mereka memberitahu Puan Syaza bahwa mereka ingin keluar ke rumah kawan.
    Dalam perjalanan ke bandar,Al-Fateh memberhentikan keretanya di sebuah rumah.Al-Fateh mengisyaratkan kepada Azlin untuk menunggu di dalam kereta bersama gergasi hijau itu sementara dia turun berjumpa dengan penghuni rumah itu.Al-Fateh menekan loceng yang disediakan di luar pagar.Beberapa minit kemudian,kelihatan seorang lelaki segak,bert-shirt ungu serta berjeans hitam keluar membuka pintu.
   "Assalamualaikum Yan!"sapa Al-Fateh sambil menggoyang-goyangkan tangannya.
   "Waalaikumussalam!Jauh merantau?"jawab Izyan.
   "Ada hal penting nak bincang dengan kau,Hal hidup dan mati mamat kaler hijau!"kata Al-Fateh berwajah serius.
   "Amboi!Sape tu?Pelik benor namanya.Alienkah?Dah2,jom masuk dulu,"gurau Izyan sambil ketawa kecil.Tangan Al-Fateh ditarik masuk.Al0Fateh setia mengekorinya.
    Tiba di bilik Izyan,Al-Fateh membuka ceritanya."Aku perlukan pertolongan kau,tapi kau jangan terkejut tau!"Izyan mula memasang telingan dengan baik.
   
                                                       xxxxxxx

   Azlin menyumbatkan earphone ke dalam telinganya.Malas mahu melayan karenah gergasi hijau itu.Mcam2 gaya jadinya.Ada saja laci yang diselongkar!Sedang kusyuk mendengar lagu,Azlin melirik matanya ke arah gergasi hijau itu.Betapa terkejutnya dia apabila melihat gergasi hijau itu hampir membunuh dirinya dengan meminum sebotol besar clorox.
    "Woi!"Azlin segera merampas botol clorox itu daripada dia."Padala kau ni nak kasik gigi putih pun!Mati kang naya aku meracau malam2 kena kacau dengan roh kau!"bebel Azlin.Gergasi hijau itu setia tersenyum seperti biasa membuatkan Azlin loya tekak.
    "Ihh!Operasi pertama yang kena settle adalah gigi rongak kau!Rimas aku!"sambung Azlin lagi.
    Beberapa minit kemudian Al-Fateh datang bersama Izyan.Wajah mereka berdua kelihatan serius.Azlin segera turun dari kereta.Gergasi hijau itu turut ingin turun."Kau ni janganlah turun!Kang jadi kes kitaorang bela anak monster,"marah Azlin."Amboi!Bahasa Melayu memanglah bahasa seindah bunga tapi kawan tu bukannya faham pun,"perli Izyan.Azlin berpeluk tubuh.
   "Let's get in the car.We have something to do,"arah Al-Fateh.Gergasi hijau itu patuh tanpa apa2 kata.Izyan mengambil tempat duduk driver dan membiarkan Al-Fateh duduk bersama gergasi hijau itu di belakang."Tempat pertama,barber shop!"

                                                        xxxxxxx

   "We have search all place.We didn't find Walt.What's our next plan Prince?"tanya salah seorang daripada yang ada di situ.
   "Switch on the red button.Make the Earth collapse!"arah Prince Hercules.

                                                          xxxxxxxx

    Setelah selesai memotong rambut gergasi hijau,mereka memakaikannya coat musim panas dan seluar jeans serta kasut boot,mereka berempat pergi ke Aeon."Nah pakai ni,tak yah tayang mukahijau kau tuh.Hodoh tahu tak!"Azlin meletakkan topi cowboy di kepala gergasi hijau itu.Gergasi hijau itu tayang giginya untuk kesekelian kalinya kepada Azlin."Eiuu!Abang Fateh!Repair gigi dia ni dulu,rimas Lin,"Azlin membuat muka.Izyan sudah ketawa melihat aksi Azlin."Oh,macam ni la rupanya bila dia senyum.Patut kau kata hodoh,"pecah tawa Izyan dibuatnya.Al-Fateh mengangguk lalu turut ketawa.
    "Cuba suruh dia gosok gigilah sebab kalau pergi dekat dentist,takut doktor tu perasan yang dia ni monster,"Izyan memberi cadangan.
   "Hmm...betul jugak tuh!Jom beli barang2 keperluan dia,"ajak Al Fateh.

                                                               xxxxxxx
Bersambung....

Thursday 2 October 2014

Alien??Hah??!Immpossible!



Episode 1


   Kelihatan pohon2 bergoyang begitu kuat sekali akibat angina kencang.Malam yang hening ibi membuatkan bunyi cengkerik pun kedengaran.Daun2 yang gugur,berterbangan tak tentu arah.Tiba2 sekujur tubuh keluar daripada belakang pokok besar.Badannya kelihatan besar dan berwarna hijau,matanya pula biru laut,sinarnya bagaikan permata dan rambutnya yang panjang  berwarna hitam pekat.
   Tiba2 ‘manusia’ pelik itu terduduk melihat sesuatu.Apabila dzoomkan,oh!Rupa-rupanya seekor katak sedang ‘berehat’ di atas seketul batu jalanan.

NGAPPP!!!

   ‘Manusia’ pelik itu menelan katak itu.Wow!Itu bukan manusia namanya tapi GERGASI!Gergasi Hijau!Sedang gergasi hijau itu sedang berjalan-jalan sendirian,sebuah kereta Alphart lalu di jalan tersebut.Gergasi hijau tersebut terus menahan kereta itu.Penghuni kereta itu menekan hon sekuat mungkin namun langsung tidak membatalkan niat gergasi hijau itu untuk melepaskan mereka.
    Penghuni kereta Alphart itu kelihatan gementar.Pada tempat duduk driver ada seorang lalki muda dan disebalhnya ada seorang gadis bertudung litup kelabu.Gadis itu cemas lalu cuba untuk menelefon polis untuk mendapatkan bantuan.Gergasi hijau itu pergi ke arah tingkap sebelah driver lalu mengetuknya.Lelaki itu segera cuba untuk menekan minyak tetapi gagal kerana enjin kereta itu tiba2 tidak berfungsi.
   Menitik-nitik peluh mereka berdua yang berda di dalam kereta itu.Tiba2 gergasi hijau itu mengeluarkan sekeping kertas lalu menampalkannya pada tingkap.Tergagap-gagap mereka berdua membacanya "DON'T AFRAID OF ME!I WILL NOT HURT YOU.I NEED YOUR HELP TO BACK TO MY PLACE.PLEASE BE PATIENT AND GIVE ME SPACE TO EXPLAIN!"Mereka berdua melihat bersilih ganti."Abang Fateh,boleh percaya ke mamat kaler hijau tu?"tanya gadis itu was2.
   "Hmm..abang tak pastilah.Ambik kertas A4 dengan marker dalam laci tu jap Lin,"arah Al-Fateh kepada adiknya.Azlin segera menyelongkar laci Alpart dan akhirnya ditemui.Al-Fateh menulis sesuatu di kertas tersebut lalu menunjukkannya kepada gergasi hijau itu.
   "Can we believe you?"Lantas gergasi hijau itu menganggukkan kepalanya.Ditayang pula giginya yang rongak dan koko itu."Eiuuuu!"Azlin sudah buat muka geli.Al-Fateh hanya ketawa melihat reaksi gergasi hijau itu.Lagi pecah tawanya apabila gergasi hijau itu mengerdip-kerdipkan matanya kepada Azlin.Azlin hanya menjeling garang.There's something gonna be!

                                              xxxxxxxxxxxxxx

   "Jangan kata nak bawak mamat kaler hijau ni masuk rumah sekali!"Azlin cuba menidakkan bayangan abangnya.Siap buat aksi menyilangkan kedua-dua tangannya ke dada.Gergasi hijau yang sedang berdiri sebalah Al-Fateh merenung Azlin penuh pengertian.Azlin hanya buat muka selamba.
   "Tak ada cara laindah Lin.Dah,jangan banyak tanya,tolong abang alihkan perhatian mama.Abang akan masukkan dia dalam blik abang,"Al-Fateh menolak adiknya masuk kedalam rumah.Azlin terpaksa mengangguk.Sebelum itu,sempat dia mendengus kasar kepada gergasi hijau itu.Benci sungguh Azlin padanya!
   Didalam rumah,Puan Syaza sedang menghiburkan hatinya dengan televisyen.Azlin perlahan-lahan memberikan isyarat kepada abangnya untuk segera masuk.Jari telunjuknya di arahkan  ke arah tangga.Baru sahaja Alfateh dan gergasi hijau itu menjejakkan kaki anak tangga yang pertama,Puan Syaza bangun dari sofa.Kalut Al-Fateh menendang gergasi hijau kearah stor dan mengisyaratkannya agar diam.
    "Bila balik?Tak bagi salam pon?"ujar Puan Syaza sambil menutup suis televisyen.
     Al-Fateh dan Azlin tersenyum seperti kerang busuk.Azlin sudah menggenggam tangan abangnya erat.Menitik peluh Al-Fateh dibuatnya."A...aa...baru je balik.Ingatkan mama dah tidur,tu yang tak nak ganggu.Kami masuk tidur dulu!"Tergagap-gagap Al-Fateh menjawab lalu melarikan diri ke tingkat atas.Puan Syaza pelik dengan perangai anak2nya itu tapi dibiarkan saja.'Mungkin penat agaknya' fikir Puan Syaza positif.

                                              xxxxxxxxxxxxxxx

  Al-Fateh mengerling jam di tangannya.Tepat 3 pagi!Sudah tidak tentu arah jadinya.Inilah akibat tidur tak ingat dunia!Al-Fateh memulas tombol pintu biliknya dan "Arghhhh!!" Terdengar dua suara jeritan.
   Al-Fateh dan Azlin sama2 menjerit.Mana taknya,Azlin terpacak di hadapan pintu bilik Al-Fateh membuatkan mereka berdua terperanjat.Al-Fateh terkejut melihat Azlin dan Azlin pula terkejut melihat wajah Al-Fateh begitu dekat sekali.Mujurlah bilik mama jauh 3 batu.Banglolah katakan!
   "Abang ni!!!!"Azlin membentakkan kaikanya.Al-Fateh cuma tersenyum kambing."Sorrylah.Jom gi tengok apa berlaku dekat mamat kaler hijau tu."Azlin mengangguk setuju.
  Setibanya di stor,gergasi hijau itu tiada disitu Mereka berdua mula cemas.Mereka berpecah mencari gergasi hijau itu.Sorang ke Timur,sorang ke Barat.Lepastu ke Selatan dan ke Utara pulak.
   "Perghh!Sepahnya dapur!!"rungut Azlin.Kelahatan kulis buah oren,plastik keropok,plastik gula2,air milo tumpah,Ya Allah,serabutnya dapur!!Azlin cuba mencari-cari gerangan gergasi hijau itu di dapur,kerana dia tahu pastii ini semua disebabkan tangan gergasi hijau yang tak reti nak dok diam!
   "Kruk Krek Kruk Krek"Kedengaran bunyi keropok dikunyah.Azlin menundukkkan kepalanya ke arah bawah meja.Tepat sekali tekaannya!
   "Wei!Kau ingat,dapur rumah aku ni tempat longgokan sampah ke???!Clean it back now!"jeritan Azlin membuatkan gergasi hijau itu tersedak.Uhuk uhuk uhuk!
   Gergasi hijau itu berhenti makan lalu keluar dari bawah meja.Terus dia tayang gigi rongak dia pada Azlin.
   "Kau berhenti renyeh kat aku.Aku tak sukalah!Sumbat clorox kasi putih gigi lu baru tau!"bebel Azlin sendirian.Gergasi hijau itu setia tersenyum.Setiap kata2 Azlin dibalasnya dengan senyuman.Bak kata om putih,"Silent is the best answer for all questions and smile is the best reaction for all situation."Al-maklumlah gergasi hijau tu bukannya faham bahasa Azlin tu so dia senyum jerlah.
   "Shuuuu!Lin janganlah bising nanti mama tau,"Al-Fateh yang entah datang dari mana memberi amaran kepada adiknya.Jari telunjuknya di letakkan di bibir Azlin.Azlin mendengus geram.
   "This is our house.You can't do like this.Let's clean it back before my mom come,"terang Al-Fateh penuh lemah lembut.Gergasi hijau itu mengangguk faham dan mula mengemas dapur.Tiba2 Azlin berjalan kearah sinki,Azlin terpijak kulit buah pisang lalu hampir mahu terjatuh namun disambut oleh gergasi hijau itu.Bertentangan mata gergasi hijau dan Azlin.Begitu kencang debaran jantung Azlin apabila wajah meraka berdua begitu dekat tetapi apabila gergazi hijau itu senyum,Azlin terus tersedar dari lamunannya.Dia terus lari dari pengangan gergasi hijau itu."Eiiiuu!"
    Selesai membersihkan dapur,mereka bertiga berehat di ruang tamu."Eh,Lin peliklah.Kenapa mamat kaler hijau tu tak bercakap ha'?Bisuke?"tanya Azlin.Banyak kali terdetik didalam hatinya persoalanan itu.
    "Laa....dia kan pelik.Kang dia cakap bahasa dia,Lin yang nganga.So kita kena cari whiteboard budak2 punya untuk dia sebab dia boleh membaca dan menulis,"Al-Fateh meluku kepala adiknya.
    "Abang ni!!!Sakitlah!"rengek Azlin.Gergasi hijau itu hanya memerhati sahaja gelagat dua beradik itu.

                                                   xxxxxxxxxxxxxxx

Bersambung...........

-Mocha-

Thursday 7 August 2014

BOIKOT BARANGAN ISRAEL SATU IBADAH!

Kisahnya sekali lagi berulang,kita digemparkan dengan berita-berita tentang tragedi berdarah di Gaza. “Wahai Allah,peringatan apakah ini?”

Irama kita meriah penuh lagu gembira,
Irama mereka penuh bom sini sana.

Harian kita penuh terisi indah,
Harian mereka,akhirnya Jannah.

Raya kita,meriah gelak tawa,
Mungkin….
Raya mereka,tiada tawa ceria.

Mungkin,kita bahagia,
Di sini,DUNIA.

InsyaAllah,mereka,bahagia,
Di sana,SYURGA.

Ayuh kita bantu mereka.Sepatutnya kita bantu mereka dengan pergi berperang bersama tetapi kita tak dapat bantu kerana lemah iman.Jadi,ayuh kita dapat bantu dengan BOIKOT BARANGAN ISRAEL
Antaranya:

-PIZZA HUT             -NESTLE
-KFC                         -COCA-COLA
-7 ELEVEN               -PEPSI
-MCD                        -SPRITE
-NOKIA                     -L’OREAL
-DELL                        -MAGGI
-TESCO                     -COLGATE
-STARBUCKS          -PROTEX
-INTEL INSIDE       -GARNIER
-AMBI-PUR

 "Macam mana nak boycott?Kalau kat dapur dah ada 10 tin milo, tak payahlah pergi buang pasal makanan itu sendiri tak haram. Guna sampai habis tapi jangan beli lagi. Itu boycot. Masa saya di gaza,saya sendiri di hidang coke, tapi itu minuman yang orang palestin dapat beli dari israel. Kalau orang bagi, kita boleh cakap kita tak minum coke kerana boycott, tapi tak salah kalau kita minum pasal kita tak membelinya, untuk menjaga hati tuan rumah. Ada sedikit perkongsian dari sahabat usrah,Pemboikotan ikut KEMAMPUAN. Jika ia KEPERLUAN, try cari ALTERNATIF.."Allah tak akan beban sesuatu melainkan dalam kemampuan hambaNya". Boikot kerana FAHAM & TAHU, bukan kerana EMOSI. InsyaAllah pemboikotan jadi IBADAH bukan tempat luahan marah “ –afdlinshauki-

Harini...
Buger MCd satu!
ngap...
Makan.
.
Esoknya.
*Beli barang dapur di Tesco*
.
Lusa.
Mak,nak milo.
Okey sayang.
Jom beli.
.
Tulat
Starbucks.
Macam sedap.
Jom kawan2.
.
Hmm..
Sewaktu makan buger MCd.
Langsung tak teringat pejuang Al-Qasam?
.
Hmm..
Sewaktu shopping di Tesco.
Langsung tak kesiankan wanita Palestin?
.
Hmm..
Sewaktu belikan anak2 milo Nestle.
Langsung tak terbayangkan bayi2 Gaza?
.
Hmm...
Sewaktu menjejakkan kaki di Starbucks.
Langsung tak terfikirkan bandar Palestin?
.
Hmm..
Tolonglah mereka disana.
Kita tak mampu pergi berperang.
Tapi,
Kita kena usaha apa yang kita mampu.
.
Jangan putus tembakkan doa kepada mereka.
Jangan fade up boycott barangan Israel.
.
Tolonglah.
It's not about religous.
It's not about  Racist.
But.
It's about solidarity.
It's about humanity.
.
Please guys.
.
PrayForGaza!

-Mocha-

Tuesday 25 March 2014

Cerpen Islam (Bahagian 3)

  "Ana dulu,hantar satu SMS jer kat dia.Ana terangkan dekat dia hubungan dibina tu salah.Minta maaf kita berakhir disini.Tolong jangan cari ana lagi.Lepas tu,ana tukar nombor.Ana tak hubungi dia langsung lepas tuh."
  "Maksudnya Amar tak boleh hubungi dia langsung la lepas ni?Tapi bang,Amar ada jugak kawan perempuan yang lain,boleh pulak Amar hubungi mereka?"
  "Dengan dia ni lain.Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia.Tapi,kalau nanti ditaqdirkan satu Universiti,satu kuliah,disuruh pulak buat group discussion,anta buat biasa je."

  Tiba-tiba Amar terfikir..."Dia ni nak suruh aku putus malam ni jugak ke?Sekarang gak?Tak ke awal sangat?"

  Amar cakap..."Amar rasa Amar belum ada kekuatan la bang.Boleh tak Amar tunggu sampai Amar ada kekuatan bang?"Amar ingat nak lari.
  "Akhi,anta kena ingat.Kekuatan itu tidak boleh ditunggu,tapi ia perlu dibina.Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri.Anta boleh rujuk surah al-Ra'd:13:11.Lagipun,anta nak tunggu sampai bila?"

  Alamak!Tak boleh lari lagi...Amar rasa macam brother ni paksa Amar clash waktu tu jugak.

  "Semuanya dah jelas.Buat pe aku nak tangguh-tangguh lagi.Nanti Allah tarik hidayah,susah pulak nak tinggal.Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya inilah masanya."Amar teragak-agak menaip SMS itu tapi dia kuatkan semangat.


  Berat betul nak hantar SMS tu dekat Hanis.Amar masih tak mampu nak ucap selamat tinggal.Sebab tu dalam SMS tu Amar hanya akhirkan dengan ucapan salam.Amar ingin sertakan simbol ':)' tapi takut jadi fitnah pulak.Amar abaikan.
  Lepas beberapa ketika,Amar tekan juga button 'SEND'
  Lepas tu,tertera di skrin....

[SENDING]
[MESSAGE SENT]

                                                    ********************************
  Masa terus berlalu...Amar terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain.Dalam usaha nak lupakan Hanis,bukan mudah,tapi Amar terus cuba.Amar selalu bagi takzirah.Amar bagi ta'alim di masjid.Terangkan kepada orang,couple haram.Tunjuk segala dalil sebagaimana brother fasilator tu sedarkan Amar.Macam-macam yang berlaku.Amar dicemuh,Amar dikritik...ada gak yang setuju.Alhamdulillah.Tapi tak kisahlah semua tu.

  Tiba-tiba,satu pagi ni,Amar dapat SMS daripada Hanis.Hanis bagi gambar bunga.Bawah tu ada ayat.


  Amar rasa,Hanis masih tak dapat lupakan Amar.Amar pun fikir...kena tegas rasanya!Lepas tu,Amar hantarlah SMS dan rasanya itu yang terakhir.


  Assalamualaikum.Amar tahu,dulu Amar cakap,kalau ada jodoh InsyaAllah bertemu juga.Tapi Amar tak nak Hanis tunggu.Lupakan Amar.Biar Allah yang menentukan.Hanis jalankanlah kehidupan seperti biasa dengan mentaatiNya.Biarlah Allah yang menyatukan.Lagi satu,
'Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan,kekecewaan, dan tak kekal.Tapi carilah cinta Allah,tiada penipuan,tak pernah mengecewakan dan itulah cinta Abadi....Cinta yang diredhai."
                                                            "-Yang Terakhir-"

[SEND]
[SENDING...]
[MESSAGE SENT]

Tamat..... :)

The conclusion is....... # Tak perlu mengharap Cinta dari manusia,jika Cinta kepada ALLAH juga belum Sempurna.. Jika kita Cinta kepada ALLAH, Allah juga akan hantar seseorang untuk kita dan seseorg yg melabuhkan Cinta nya kpd Allah. # 

Kisah seorang tabiin..
Cerita Fudhail b Iyyadh:
"Beliau seorang kepala perompak. Satu hari dia nak rompak satu rumah, tiba-tiba dia terdengar perbualan suami isteri di rumah itu. Suami isteri tu tengah sembang untuk kahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang solat jemaah 40 hari 40 malam di masjid dan saf pertama.
Kebetulan Fudhail ternampak anak perempuan suami isteri tu dan dia jatuh cinta!
Maka dia pun semenjak hari itu, tinggalkan kerja merompak, dia terus jaga solat jemaah selama 40 hari 40 malam dengan niat supaya dia terpilih untuk kahwin dengan anak suami isteri itu.
Sehingga hari yang ke-40, si bapa kepada perempuan itu perasan bahawa Fudhail ni layak untuk kahwin dengan anak perempuannya kerana Fudhail dapat solat jemaah 40 hari 40 malam tanpa miss saf pertama!
Bila bapa tu nak tegur Fudhail, tiba-tiba Fudhail kata :
"Aku tahu kau datang ni untuk nak kahwinkan aku dengan anak perempuan kau. Dan NIAT ASAL aku jaga solat adalah untuk dapat kahwin dengan anak kau. Dulu aku ni perompak! Tapi aku terpaksa TOLAK TAWARAN kau. Kerana bila aku mula jaga solat, AKU DAH JUMPA CINTA SEJATI AKU, Allah!"
PENGAJARAN : Nak lupakan orang yang kita cinta ialah dengan cara banyakkan amal, hingga cinta pada manusia hilang, dan cinta pada Allah masuk. ♡

Wallahua'lam. Semoga berjaya mendapat cinta Allah. ♡

Bak kata Siti Nurhaliza : "Waktu persekolah ini, tak payahlah nak mencari cinta sejati bagai. Akak risau tengok adik-adik akak stress dengan masalah putus cinta. Fokuskan pada pelajaran dulu. Nanti bila dah bekerjaya, cinta itu akan datang dengan sendirinya." 



-Mocha-

Monday 24 March 2014

Cerpen Islam (Bahagian 2)

  "Akhi memang fitr perlu dikawal dan ada batasnyaah manusia,lelaki akan tertarik kepada perempuan dan begitu juga sebaliknya.Tapi dalam  Islam,perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya.Pergaulan peru dijaga.Allah berfirman dalam surah Al-Isra':17:32

"Dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk"

  "Tapi bang,Amar tak nampak pun yang kami ni mendekati zina.Niat kami baik.Amar dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami.SMS pun takdeklah jiwang-jiwang2,selalu bagi takzirah lagi.Kami selang-selang bagi."Amar tetap tak mahu kalah.
  "Memang betul niat anta baik.Tapi ingatlah,niat tak pernah menghalalkan cara.Yang batil tetap sahaja batil,yang haq tetap sahaja haq.Cuba tengok ayat ni."Sambil brother tu bukak al-Quran dia,dan tunjuk pada Amar ayat ni:

"Dan(juga)kaum Ad dan Tsamud,dan sungguh telah nyata bagi kamu(kehancuran mereka)dari(puing-puing)tempat tinggal mereka.Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka,lalu ia menghalangi mereka dari jaan (Allah),sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam:(Al-Ankabut:29:38)

  "Akhi,kalau anta faham ayat ni,sebenarnya apa yang berlaku kepada anta ialah,syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan.Walaupun anta berilmu tinggi,memang niat anta baik,tapi ingat,syaitan sangat licik.Lagipun,takkanlah sepanjang masa anta SMS dengan dia,anta ingat Allah?Mesti anta ada jugak melayan perasaan dengan dia kan?"

  Betul jugak katanya.Lepas tu Amar kata,"Tapi bang,kitaorang tak jumpa sebab bahaya.Kami sama-sama menjaga diri.Takkan dekat dengan zina jugak bang?"

  "Erm betul,anta dah janji tak nak jumpa dengan dia lagi.Anta dah dapat elakkan zina mata,tangan,kaki.Kalau anta janji tak nak call dia pula,anta dapat elak zina telinga dan lidah.Tapi akhi,mesti ada zina yang tetap anta tak dapat elak bila bercouple"Brother tu tersenyum.
  "Zina hati?"Amar menduga.
  "Betul,zina hati.Semua inilah yang Rasulullah SAW jelaskan,dalam hadithnya tentang bagaiman menghampiri zina itu.Enta boleh 'check' dalam Riyadus Solihin dalam bab 'larangan melihat wanita'.Rasulullah SAW bersabda,tangan boleh berzina dengan berpegangan,kaki boleh berzina dengan berjalan ke tempat maksiat,hati pula boleh berzina dengan merindui,mengingati dan membayangi si dia.Hakikatnya,macam mana pun anta buat,anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

  Amar terdiam...kelu.Tak tahu nak kata apa.Semua yang brother tu cakap,tiada salahnya.Kemudian dia sambung...


  "Ana dulu pun bercouple.Lagi lama,dari sekolah menengah sampai U,dekat  nak gred.Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah,anak terus tinggalkan.Ana siap dah fikir,dialah bakal isteri ana,bakal ibu anak-anak ana."

  "Amar risaulah bang,nanti apa kata kawan-kawan Amar?Dulu,Amar selalu minta diorag rapatkan diri Amar dengan Hanis,tapi sekarang?Amar kusut bang!"

  Masa tu Amar dah mula sebak.Malu betul.Amar menangis depan brother tu.Nasib baik tak dek orang lain masa tu.


  Brother tu jawab"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun,mereka boleh buat apa?Paling teruk pun,mereka akan mengata belakang.Anta dalam berdakwah ni,kita nak cari redha Allah,biarlah orang nak kata apa sekali pun.Kalau Allah tak redha,semuanya tak bermakna."

  "Pasal dia pulak,cuba anta fikir dari sudut positif,mungkin dia akan terima keputusan anta dengan matang.Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak bercouple.Ana yakin,dia takkan melakukan perkara bodoh.Kalau dia buat pun,itu bukan salah anta,anta hanya meninggalkan maksiat."

Amar menagis.Amar sedar yang Amar kena berhenti bercouple.Dah terang lagi bersuluh lampunya,COUPLE ITU HARAM!"Jadi apa Amar nak buat bang?"Amar sebak.


bersambung...... :)


-Mocha-


Hmm...Just want to say sorry :"


Aku tak pandai nak berkata-kata macam kau...Cuma aku harap..harap sangat...
Dapat bertentang empat mata dengan kau...
Cakap...
"Berhenti buat macam ni!Sakit tahu tak???"

Tapi,tak mungkinkan?
Mustahil!

Heh.Ketat.
Senyum dah kelat.
Mata dah kecik.
Air mata dah berat...

Aku harap kau maafkan aku..
Andainya kau tak dapat maafkan sekarang...
Aku mohon,maafkan aku sebelum aku pergi menemui Ilahi...
Aku takut disoal...
Aku takut...
Sungguh!

Yaa..memang
Aku tak layak..

Tak layak untuk kau maafkan...
Tapi,

Aku layak
Aku layak untuk kau ingati...
Bila?

Bila aku dah pergi nanti...
#Maaf.

Harini namaku Nadhirah Kader , Mungkin esok namaku Arwah Nadhirah Kader . Harini aku pakai pakaian yg cantik , mungkin esok aku akan pakai kain kafan. Harini aku berpijak diatas tanah, mungkin esok aku duduk dibawah tanah. Harini aku boleh mandi sendiri, mungkin esok org lain yg akan memandikan aku Harini aku bahagia bersama org disekeliling ku, 
mungkin esok aku akan bersendirian disana. Andaikata harini hari terakhir aku hidup didunia, 
ampunkanlah salah dan silap aku sepanjang perkenalan antara kita. 
Sekiranya aku pergi, sedekahkanlah Al-fatihah kepada aku . Assif a’la kulli hal :')
Fi hifzillah . :") Assalamualaikum .

Sincerely:
Your Sahabat : Nadhirah bt Abdul Kader

Cerpen Islam (Bahagian 1)


  Amar merupakan seorang pelajar pintar di sekolahnya.Dia bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh di utara negara.Namun begitu,dia mengalami suatu konflik dalam dirinya yang masih belum selesai.Dia cuba ber"COUPLE" untuk menyelesaikan masalahnya.Namun begitu...
  Suatu hariAmar mendengar ceramah....
Alhamdulillah!
  Dalam ceramah itu,Amar sedar,Amar banyak buat dosa danAmar kena berubah.Hidup Amar mesti selari dengan Islam.Amar kena jadi baik.Sebab itu memang fitrah manusia,menginginkan kebaikan.Semua orang nak masuk syurga kan???!
Sejak dari saat itu,Amar mula rapatkan diri dengan masjid.Rapatkan diri dengan al-Quran.Selalu solat jemaah awal waktu.Selalu dengar takzirah.
  Amar beli terjemahan al-Quran,sebab nak tadabbur al-Quran.Amar beli dua,satu untuk Amar satu untuk Hanis.Amar tak nak berubah sorang-sorang...Amar ajak Hanis berubah sekali.
Mula-mula Hanis terkejutdengan perubahan Amar.Hanis ingat Amar dah nak jadi alim,Amar nak berhenti couple.Amar kata,kita bukan buat benda yang salah.bercinta kerana Allah.Kita couple tak macam orang lain.Orang lain couple jiwang-jiwang,siap buat maksiat lagi.Tapi kita couple baik-baik.Jaga batas syara'.Tak guna ayat jiwang-jiwang,janji tak nak jumpa,takut berlaku maksiat...Cuma call and SMS je.
  Dan Hanis terima perubahan Amar tu.Amar banyak menasihati Hanis.Hanis pun terima,walaupun kadang-kadang Hanis merajuk sebab teguran Amar.Tapi Amar faham,perubahan memerlukan masa.Dan akhirnya Amar rasa,hubungan mereka diredhai Allah.Amar selalu berdoa supaya mereka kekal hingga ke pintu gerbang perkahwinan dan akhirnya bersambung di syurga.
  Dalam proses perubahan Amar,Amar mula menyedari dakwaah itu wajib.Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.Kalau kita tidak berdakwah,kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak sesuai dengan firmanNya alam surah Al-A'raf:7:164

"Dan (ingatlah)ketika suatu umat dianatara mereka berkata:"Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab  yang amat keras?"Mereka menjawab:"Agar kami mempunyai alasan(pelepas tanggungjawab)kepada Tuhanmu,dan  supaya mereka bertaqwa."

  Lepas tu Amar mulalaah beri takzirah pada kawan-kawan.Tegur mereka apa sahaja yang silap.Amar tak boleh tahan bila ada orang buat dosa.Amar mesti nak tegur.Selemah-lemah iman,tegur dengan hati,oleh sebab Amar nak jadi orang kuat iman.Apa lagi,,,tegur je la depan-depan.huhu~
  Lepas tu,satu masa....Amar tebaca pasal couple.

"COUPLE HARAM!"

  Amar tak percaya,tapi bila baca detail-detail yang dia bagi...macam betul pula.Tapi biasalah,kalau kita suka satu benda tu,kita tetap akan ada alasan untuk membenarkan pendapat kita.Amar pun buat tak tau pasal benda tu.Dan teruskan saja hubungannya dengan Hanis.Kita tak buat maksiat,kita jalan-jalan tak pegang tangan pun...tak jiwang-jiwang karat pun...Cuma saling ambil berat...kongsi masalah j...Tanya khabar..Borak-borak...siap bagi takzirah lagi...Apa yang haramnya dengan benda ni???Tak kisahlah......
  Masa ni dah nak dekat Trial SPM ...lagi tiga minggu sebelum trial.Dalam masa tu,Amar memang rajin study dengan kawan-kawan,buat study group.Pada masa yang sama bagi takzirah.Ada yang terima,ada yang buat tak tau.Kadang-kadang bila tegur,Amar kena marah pula...macam-macamlah alasannya,ada kata Amar menunjuk-nunjuk...huhu~
  Suatu masa ketika sedang mentadabbur al-Quran...

"Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan)kebejikan,sedang kamu melupakan diri(kewajiban)mu sendiri,padahal kamu membaca al-kitab(Taurat)?Maka tidaklah kamu berfikir?" (Al-Baqarah:44)

  Amar pun terfikir...."Selama ni aku asyik tegur orang je.Tapi aku sendiri banyak kekurangan.Cepat marah,suka buang masa,ada gak dosa-dosa yang dilakukan.Hmm,macam mana ni?"
Lepas tu,Amar terjumpa pula ayat ni...

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu,sedang kamu mengetahui."(Al-Baqarah:42)

  Tiba-tiba Amar terfikir sejenak.:Sebenarnya couple ni boleh ke tak?Adakah selama ni aku menganggap couple boleh?Habis tu,kenapa aku selalu malu bila mak ayah aku tahu aku berhubung dengan perempuan?Dan terkadang rasa bersalah?"Macam-macam Amar fikir.
  Amar ke Penang untuk mengikuti satu seminar dakwah.Amar harap dengan seminar ni,Amar akan lebih mantap.Dalam perjalan ke seminar tu,Amar masih SMS dengan Hanis.Sempat lagi pesan-pesan suruh jaga diri.Amar siap ingatkan Hanis suruh baca al-Quran.Fikir Amar,ini juga dakwah.

                                               *****************************

  Majlis malam tu berakhir dengan sesi taa'ruf,pukul 10 semua orang bebas untuk aktiviti sendiri.Lagipun semua penat.Tiba-tiba Amar tergerak untuk bertanya dengan fasilator yang ada disitu.Amar rasa inilah masa terbaik untuk tanya tentang couple.Amar teragak-agak.Amar kuatkan semangat mendekati 'Brother' fasilator tu.Masa tu dia sedang belek-belek al-Quran.

"Assalamualaikum bang,Amar nak tanya sikit boleh?"

"Waalaikumussalam.Erm,boleh.Duduklah.Anta nak tanya tentang apa?"
"Er,macam ni,sebelum Amar terlibat dengan dakwah,Amar kenal sorang gadis ni.Kitaorang bukan setakat kawan biasa,rapat la jugak."
"Bercinta ke?"

  Amar malu nak cakap.Nanti apa kata brother tu pulak.Mesti dia marah.Amar pun angguk then dia tanya,"Sebenarnya couple ni boleh ke tak bang?"


Bersambung.......... :)


-Mocha-