Thursday 30 January 2014

Budak Madrasah//..

Assalamualaikum...Dah lama tak jenguk belogggg ..Linduuuuuuuuuuuuuuuuuuuue :P
Maaf la ya kengkawan,bukan sengaja tk update,,tpi sekarang saya dah jadi budak mad,so jarang balik..tu yg tak update..
Insya-Allah,kalau saya cuti,saya update...Cuti saya,setahun dua kali ja... :") Sedih.... :P
Jadi budak mad kena banyak bersabooo,,mandi pagi2 buta,air dah serupa ais batu..
Basuh baju sampai tangan dah mengelupas...
Makan sampai gemok badan :B
Tidur tak cukup sebab sembang sakan :3
Macam2 lagi la..hehe
Tapi,Alhamdulillah best..
Cuma satu je la..
Rinduuuu rumah..
#Homesick
Dapat balik sehari pon dah manja...Melekat dgn ummi 24 jam..haha
Dah la,aku dah kena balik mad ni,,papaiiii
Sebelum tu,kat sini nak habaq sikitttttttttttttt...
Tetiba sesat je pung..entah tetiba..


Saya Hamba Allah.. . . .... .
Saya tak pilih kawan. 

Saya cuma berhati-hati.

Saya bukan skema. 


Saya cuma ikut peraturan.

Saya bukan ahli ibadah. 


Saya cuma praktikan apa yang saya dah belajar.

Saya bukan alim. 


Saya cuma buat apa yang Allah suruh.

Saya bukan ustazah. 


Saya cuma berkongsi apa yang saya belajar.

Saya bukan hafizah. 


Saya cuma usaha memahami AlQuran dan cuba amalkan.

Saya bukan manusia tanpa dosa. 


Saya manusia biasa yang belum tentu masuk syurga.

Saya ada perasaan. 

Hati saya bukan hati lembu, hati ayam, atau permainan. 
Air mata saya tak layak untuk awak jatuhkan. T_T


Friday 3 January 2014

Berguguran air mata !_!

Setitis demi setitis...
Jatuh tanpa tanpa ragu-ragu..
Saat aku ingin pergi,begitu banyak sekali dugaan yang menziarah...
Demi Allah,aku tak kuat menghadapi semua ini...
Fake smile??Fake speech??Allahu :'"

Setitis demi setitis...
Gugur tanpa melihat sekeliling...
Saat aku sudah mula mempercayai,ada yang berbolak balik...
Aku sudah mula ragu untuk mempercayai seseorang..
Hanya kerana dia??!

Setitis demi setitis...
Mengalir tanpa berhenti...
Saat aku sudah mula mencintai,segala yang tersirat menghalauku pergi...
Tidak layak kah aku??

Hmm...
Semakin hari semakin lemah...
Tapi,satu suara yang masih tersemat kemas dihati kecil ini..
"Bersabarlah duhai diri mengharungi mujahadah,kata mahu syurga!"
Kerana Allah,aku mesti kuat!
Aku tidak boleh lemah,,.
Aku harus bangkit semula ...
Sememangnya iya,kadang aku tersungkur...
Kerana aku juga manusia.,..
Bergelar muslimah pula...
Dan,aku mencari kekuatan disisiNya untuk bangkit dan teruskan perjuangan semula..

Thursday 2 January 2014

Usah Mengalah dengan MUJAHADAH :')

Assalamualaikum Warahmutallahi Wabarakatuh... :D
Subhanallah,pagi yang ceria diiringi dengan hujan rintik-rintik gitu...
Allahu,indahnya alam ciptaanMu...

 
Hai kejayaan yang masih tertunda
Aku tahu asal kerawangmu
Jauh daripada pesat kerajinan
Di sudut sepi jiwa perjuangan
Layu ketahuan.
 
Hai kejayaan yang masih tertunda
Aku tahu asal kerawangmu
Lontar ke langit berjerebu
Campak ke langit subur pun lesu
Lempar ke laut bergelombang seribu.
 
Hai kejayaan yang masih tertunda
Aku tahu asal kerawangmu
Tertanam di penjuru minda
Berasap kemenyan kemalasan
Berbau palsu harum kecemerlangan.
 
Hai kejayaan yang ku seru
Aku tahu akan keluarmu
Terbanglah ke kotak fikiranku
Musnah hancurkan dahan ranting kejahilan
Biar jauh terpelanting mencaing-caing.
 
Hai kejayaan yang kini datang
Aku tahu rupamu gemilang
Melihat cahayamu kejahilan hilang
Tersenyum semua orang
Tak jemu mata memandang.
 
-Ahmad Syahrul Wahid
 
   Kepada remaja,usah mudah menyerah kalah selagi belum turun ke "medan tempur".Berusahalah sedaya mungkin untuk memastikan diri kita menjadi salah seorang yang memberi sumbangan menyebarkan Islam,walaupun hanya melalui lirikan senyuman dan ungkapan salam.
 
   Itu sudah pasti sebagai permulaan dakwah.Sebagai seorang muda,jadikan dakwah kita lebih dekat dengan ummah dan berhikmah.Bersyukurlah jika kita diuji dukala berjuang di jalan Allah.Pasti ujian yang diberikan itu akan menggandakan pahala dan memaniskan lagi iman dan taqwa.
 
   Alangkah bahagianya apabila kita melakukan sunnah Baginda ketika manusia lain hamper melupakannya.Alangkah bahagianya kita diberikan hidayah untuk tetap istiqomah menegakkan addinNya.Jadikan petikan ayat ini sebagai motivasi untuk kita terus mara bermujahadah dalam dakwah.
 
Firman Allah : "Wahai mereka yang beriman,kalau kamu membela (agama) Allah,maka Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." (Surah Muhammad 47:7)
 
   Hanya secubit senyuman dan sekacip salam.Allah akan memelihara kita dalam agamaNya.Insya-Allah.Sebatikan 2S dalam diri kita apabila berdakwah.
 
LEBARKAN SENYUMAN,SEBARKAN SALAM
 
 
Sekian sahaja untuk hari ini :D