Thursday 2 January 2014

Usah Mengalah dengan MUJAHADAH :')

Assalamualaikum Warahmutallahi Wabarakatuh... :D
Subhanallah,pagi yang ceria diiringi dengan hujan rintik-rintik gitu...
Allahu,indahnya alam ciptaanMu...

 
Hai kejayaan yang masih tertunda
Aku tahu asal kerawangmu
Jauh daripada pesat kerajinan
Di sudut sepi jiwa perjuangan
Layu ketahuan.
 
Hai kejayaan yang masih tertunda
Aku tahu asal kerawangmu
Lontar ke langit berjerebu
Campak ke langit subur pun lesu
Lempar ke laut bergelombang seribu.
 
Hai kejayaan yang masih tertunda
Aku tahu asal kerawangmu
Tertanam di penjuru minda
Berasap kemenyan kemalasan
Berbau palsu harum kecemerlangan.
 
Hai kejayaan yang ku seru
Aku tahu akan keluarmu
Terbanglah ke kotak fikiranku
Musnah hancurkan dahan ranting kejahilan
Biar jauh terpelanting mencaing-caing.
 
Hai kejayaan yang kini datang
Aku tahu rupamu gemilang
Melihat cahayamu kejahilan hilang
Tersenyum semua orang
Tak jemu mata memandang.
 
-Ahmad Syahrul Wahid
 
   Kepada remaja,usah mudah menyerah kalah selagi belum turun ke "medan tempur".Berusahalah sedaya mungkin untuk memastikan diri kita menjadi salah seorang yang memberi sumbangan menyebarkan Islam,walaupun hanya melalui lirikan senyuman dan ungkapan salam.
 
   Itu sudah pasti sebagai permulaan dakwah.Sebagai seorang muda,jadikan dakwah kita lebih dekat dengan ummah dan berhikmah.Bersyukurlah jika kita diuji dukala berjuang di jalan Allah.Pasti ujian yang diberikan itu akan menggandakan pahala dan memaniskan lagi iman dan taqwa.
 
   Alangkah bahagianya apabila kita melakukan sunnah Baginda ketika manusia lain hamper melupakannya.Alangkah bahagianya kita diberikan hidayah untuk tetap istiqomah menegakkan addinNya.Jadikan petikan ayat ini sebagai motivasi untuk kita terus mara bermujahadah dalam dakwah.
 
Firman Allah : "Wahai mereka yang beriman,kalau kamu membela (agama) Allah,maka Allah akan membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." (Surah Muhammad 47:7)
 
   Hanya secubit senyuman dan sekacip salam.Allah akan memelihara kita dalam agamaNya.Insya-Allah.Sebatikan 2S dalam diri kita apabila berdakwah.
 
LEBARKAN SENYUMAN,SEBARKAN SALAM
 
 
Sekian sahaja untuk hari ini :D


No comments:

Post a Comment