Friday 29 November 2013

Memaafkan itu sifat mulia :)

Allah...Hari ni memang hari yang amat memenatkan -_-!
Mcm bese,bangon pagi,gosok gigi,mandi,angkat takbir...n blablablabla.........
Then baca surah al-Kahfi n ulang hafazan  ^_^


Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : "Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Then,bersiap sedia utk 'berperang' ..ceh! :3 Today,kemas rumah,,cat2 bagai..Huh! Memang penat..Dah cat,kena decorate pulak setiap bilik..Dah la tk dak assistant...Allah je tahu betapa penatnya aku -_-! Tapi,apapon Alhamdulillah :)
 
Bila bukak askFm ,ada soklan daripada seorang hamba Allah "Dia marah kita . Tapi dia tak minta maaf langusng . dia dengan ego dia . apa patut kita buat ? "
Aku tersenyum :) Seringkali  berlaku dlm kehidupan seharian aku.. haha ! Kalau dia tak nak mintak maaf takpe,tapi,,kita maafkan lah dia,,kan senang :) Tak pyh fikir jauh2..It's easy right !
Al-Qur,an mengajarkan pada seluruh umat manusia, untuk dan saling memaafkan, memang tidak mudah memaafkan kesalahan orang lain, akan tetapi sifat pemaaf adalah salah satu sifat yang diajarkan oleh Al-Qur’an dalam Surat Al-A'raf (7) ayat 199, yang artinya :

Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta jangan pedulikan orang-orang yang bodoh”
Malah Rasulullah SAW sendiri prnh kata:
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda: Musa bin Imran as pernah berkata, “Wahai Tuhanku, siapakah orang yang paling mulia pada pandanganMu? Allah swt menjawab: Barangsiapa yang memberi maaf meskipun dia memiliki kemampuan untuk membalas dendam.”(HR Baihaqi)
Dari Muaz r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa menelan kemarahannya sedangkan dia berkuasa untuk membalas kemarahannya itu, maka pada hari kiamat kelak Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk dan dia diberi peluang untuk memilih bidadari mana sahaja yang dia sukai.”(HR Abu Daud)
 
Tujuan sebenar kita memaafkan adlh sudah tentu untuk mencari keredhaan Allah :) Kita ni hamba Allah,,dosa kita yg berimbun tu pun Allah maafkan,tkkanlah keslh kecil SAHABAT kita,kita tak mampu maafkan betul? :)
 
#MuhasabahBersama
 


 

Monday 25 November 2013

Asmaa-ul Husna.. ^_^


Hanya milik Allah asmaa-ul husna, Maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang Telah mereka kerjakan. (al-A’raf:180)

“Sesunguhnya Allah memiliki 99 nama, seratus kurang satu, siapa yang menjaganya maka dia masuk surga.” (HR. Bukhari, no.2736, Muslim, no.2677 dan Ahmad, no.7493).
 
Keterangan Syekh Abdul Aziz bin Baz megenai makna hadis:
Makna dari ‘menjaga’ adalah dengan menghafalnya, merenungkan maknanya, dan mengamalkan kandungan maknanya mengingat adanya kebaikan yang banyak dan ilmu yang bermanfaat dalam mengamalkan kandungan maknaasmaul husna tersebut. Karena mengamalkannya merupakan sebab kebaikan bagi hati, kesempurnaan takut kepada Allah, dan menunaikan hak-Nya.
(http://www.binbaz.org.sa/mat/12132 )
 
Keterangan Syekh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin:
Bab, Nama Allah tidak terbatas dengan bilangan tertentu.
Berdasarkan sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:
 
Saya meminta kepada-Mu dengan perantara semua nama-Mu, yang Engkau gunakan untuk menamakan diri-Mu, atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang diantara makhluk-Mu, atau yang Engkau simpan dalam sebagai rahasia di sisi-Mu.” (HR. Ahmad, Ibn Hibban, dan dishahihkan Syua’aib Al-Arnauth).
 
Kemudian Syekh Ibnu Utsaimin membawakan keterangan Ibnul Qayim:
Ibnul Qayim mengatakan dalam Syifaul Alil Hal. 472, Sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam: Sesunguhnya Allah memiliki 99 nama” tidaklah meniadakan bahwa Allah memiliki nama-nama yang lain. Sebagaimana ada orang mengatakan, “Fulan memiliki 100 budak untuk dijual dan 100 budak untuk pasukan perang.” Pendapat ini adalah pendapat mayoritas ulama. Tidak sebagaimana pendapat Ibnu Hazm, yang beranggapan bahwa nama-nama Allah hanya terbatas 99 saja. (Al-Qawaidul Mutsla, Hal. 13 – 14).

kEluargaTerCinta ♥

 
Ayah,kaulah 'hero' ku...
Kaulah yang sentiasa memberi semangat kpdku
Walaupun ku gagal kau tak pernah memarahiku
Kau sentiasa menggembirakanku.
 
Ibu,kaulah 'idola'ku..
Walaupun penat menguruskan rumah
Kau sentiasa punya masa melayan kami anak2mu
Kau tidak pernah terasa dengan kami
Malah
Sentiasa buat kami berjaya.
 
Abang mahupun Kakak..
Keduanya sentiasa mahupun yang terbaik untukku
Suka mahupun duka,sentiasa diharungi bersama
Jika aku kecewa,mereka sentiasa memujuk
Memberikan kata-kata semangat untuk terus berjuang dan berusaha
 
Adek????
Aku langsung tidak tahu untuk kata apa
Keraa tanpa mereka,sunyilah aku
Tiada teman untuk bergado mahupun bermanja...

M - O - T - H - E - R
"M" is for the million things she gave me,
"O" means only that she's growing old,
"T" is for the tears she shed to save me,
"H" is for her heart of purest gold,
"E" is for her eyes, with love-light shining,
"R" means right, and right she'll always be,
Put them all together, they spell "MOTHER"


F-A-T-H-E-R
F- is for the fearless way he lived
A- is for the awesome way he loved
T- is for the truth, and truth he always told
E- is for his eyes that twinkled when he saw me
R- is for right and right he will always be
Put them all together, they spell "FATHER"

Kematian~

 
Setiap insan dilahirkan dengan laungan AZAN dan diiringi dengan IQAMAT apabila masuk KUBUR..HIDUP ini hanya diantara AZAN dan IQAMAT..betapa singkatnya KEHIDUPAN ini..yang PANJANG itu hanyalah NAFSU dan ANGAN2..Yang paling DEKAT itu adalah KEMATIAN dan yang paling BERAT itu adalah AMANAH!Yang SUSAH itu SABAR dan IKHLAS...
 
#Biar batu di rubah menjadi EMAS, Hati manusia tak pernah PUAS!
 
 
Just imagine that,you get your exams result and you didn't pass..and you know...just know that if you had studied little bit harder,you would have made it and you love to get back to study more but it's too late.Image that you are in graveand yo finally realise that you didn't make itah..and you know...And you just know..if you had do prayer a little bit more,read more Quran than comics,backbit less,cared for your parents more,helps your neighbours more..perhaps you would had made it but now it's too let..You just can hear a footsteps of people that burried you walking away.....
 
#Allah Maha Pemaaf jadi cpt2 lah bertaubat dgn Allah... :)
 
Allah SWT menciptakan semuanya berpasangan
Pertemuan pasangannya Perpisahan
Di setiap terciptanya PERTEMUAN
Bakal tercipta jua PERPISAHAN
Sementara atau selamanya hanya ALLAH yang tahu jawapannya
Kita hanya perlu bersedia menghadapi detik itu
Dimana ianya akan terjadi jua.
 
Saat ALLAH mengarahkan Izrail dating
Tiada siapa mampu menghalang
Kerana tiba saat perjanjian mengundang
Bertemu Khaliq Pencipta Mulia
Solat dan amalan dibawa sama
Kerana itu bekalan bertemu Dia.
 
Bersedialah apabila tiba masanya
Hanya ratapan insan ditinggalkan
Hanya doa engikat hubungan
Terpautnya sebuah kenangan taulan
Semoga sejahtera di sisi Al-Mukmin....

Chaiyorkk!!

Teruskan usahamu walaupun ada yang menghina
Teruskan usahamu walaupun tiada yang menyokong
Teruskan usahamu walaupun ada yang menolak
Teruskan usahamu walaupun tiada yang yakin


Kerana apa??
Kerana...
Disaat kau mulai jatuh,Dia akan 'membantu' untuk bangkit semula
Disaat kau mulai lemah,Dia akan 'memberi dorongan' agar terus berusaha
Disaat kau mulai dihina,Dia akan 'memegang tanganmu' sambil berkata-kata
Disaat kau mulai bersedih,Dia akan 'memberi bahuNya' untuk menitiskan air mata
Disaat kau mulai berputuds asa,Dia akan 'memberi semangat' agar teruskan usaha
Dialah Sang Pencipta,Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.

Tetapi ingatlah,
Jangan hanya berusaha untuk kejayaan dunia semata-mata
Tetapi,berusahalah untuk akhirat sama
Agar,terselamat kedua-duanya :)

 
#"When I pretend to be strong,no one sees my hidden tears except  Allah.When I'm sad and need a shoulder to cry on,no one support me but Allah.People sometimes punish me for mistakes that I have not done,Allah ignores the one I did.This is Allah.The Greatest and all praise belong to Him"#

All in HALAL Situation ONLY! :3


She doesn't have a BOYFRIEND.She never had a romantic conversation.She will never allow anyone to cross his limits with her!It's not because she is ugly.It's because she is complicated.It's not because she is afraid of her father or brothers.Simple it's because she knows the difference between HALAL&HARAM!!!

Every girl needs to be loved.To go out with the one she loves.I don't think there is a girl who HATES to see someone special in her life!But wise and pious girl would never accept it UNLESS it's all in HALAL.A love story that starts here in dunia' & continues in JANNAH! Insya-Allah ^_^

Jangan pandang-pandang,Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang Jangan rapat-rapat
Biar ramai-ramai,Jangan berdua-duaan
Biar malu-malu,Biar segan-segan
Kerana malu itu perisai orang beriman~
Jom jadi MAHAL&TERJAGA RAPI
Jangan jadi MURAH and disentuh LELAKI
Senang dibawa diangkut kemari
Mudah cair dengan kata-kata and janji
Sedangkan masih belum HALAL lagi :P

Test Of Friendship~

 
Ujian dalam PERSAHABATAN memberi latihan awal sebelum menjadi seorang yang teguh.Kadangkala teruji,kadangkala berkonflik.Hurmm...
 
JiKa ada kawan yang suka menghukum,perlu tahu seni mendidik.
JiKa ada kawan yang suka merajuk,perlu tahu seni memujuk.
JiKa ada kawan yang payah dibawa berbincang,perlu tahu seni memulakan.
JiKa ada kawan yang suka mengata belakang,perlu tahu seni berhikmah memberi peringatan.
JiKa ada kawan yang suka berhujah,perlu tahu seni memikat.
JiKa ada kawan yang manja,perlu tahu seni melayan tanpa jemu.
 
"Ya Allah,kuatkan hambaMu ini agar aku terus bertahan mendidik sahabat-sahabatku Ya Allah.Hadirkan aku sahabat-sahabat yang lidah mereka basah dengan namaMu Ya Rahman.Jangan biarkan aku lalai dek godaan dunia.Fokuskan diriku pada ilmu&perjuangan" Allahumma Aamiin :")
 
 
ALLAH aturkn antra kita 1 prtmuan, dlm 1 prtmuan itu dttpkn 2 hti. Aq & kau. dlm 2 hti ALLAH brikn 3 rsa. . syg, ksh & ksihn, dlm 3 rsa itu, dslitkn 4 tjuan . . brknlan, brtman, brkwn, & brsama, dlm 4 prkra itu trsmbunyi 5 prktaan . tman baik slalu di sisi, dlm 5 prktaan itu trsmbunyi 6 impian iaitu syg, kkal, stia, mgerti, mghrgai dn mgingati, srta dlm 6 prktaan itu tsimpul 7 huruf iaitu . . SAHABAT.. =D. 
#Kawan, kalau one day aku jatuh, kau akan tarik aku semula tak? Supaya kita sama-sama berjalan atas trek dakwah yang sama? Supaya aku tak terjatuh terus ke jurang neraka? :')
 #SahabatSelamanya(=
 
"Ya Allah,peliharalah sahabatku ini di kala penjagaanku tidak sampai kepadanya..sayangi dia di kala rasa sayangku tak mampu mengheretnya walau selangkah menuju Engkau.. Ya Allah,perhatikanlah dia di kala perhatianku tak terangkum dalam kata-kataku sahaja..kerana Engkau punyai segala yang aku tidak punya..kerana aku ingin dia selalu menjadi temanku untuk agamaMu.. Ya Allah,Engkau Maha Mengetahui apa yang hambaMu ini tidak ketahui.. Ya Allah,peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat.. " Allahumma Aamiin :")
 
Di jalan Allah, Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu, Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia, Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu, Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang, Semuanya kerana Allah, Sungguh, Bukan kerana selain daripada-Nya.
 

 

TutupAurat&AkhlakDijaga

Awak....
saya bukan saja-saja nak jaga tepi kain awak, rumah saya pon banyak lagi kain tak lipat..saya bukan nak sibuk pasal awak,saya pun punya banyak kerja sekolah untuk dibuat..tapi saya cuma takut awak kena seksa kat dalam kubur nanti..ramai orang tengok gambar awak..berapa banyak dosa yang awak dapat?bayangkan lah awak..

Awak....
saya paham awak memang nak berubah tapi pelan-pelan kan?..

Awak....
awak tau tak mati tu tak mengenal usia awak..bila-bila masa ja Malaikat Izrail boleh datang cabut nyawa kita awak..awak tak takut ke?

Awak....
kalau awak betul-betul tak nak berubah lagi saya cuma mintak awak delete gambar-gambar awak yang tak tutup aurat tu je..ye awak..SEMUA GAMBAR YANG TAK TUTUP AURAT..kenapa?

Awak....
andai kata ajal awak tiba hari ni atau esok atau bila-bila, awak tak sempat nak delete gambar-gambar awak yang tak tutup au


rat tu, nanti dalam kubur awak kena seksa lagi teruk setiap kali orang tengok gambar awak tu..tak tenang roh awak dalam kubur nanti..sengsara awak tau..awak tak takut ke semua tu?awak tak sayang ke kat diri awak? awak taknak mati dengan aman ke? awak taknak masuk syurga ke nanti?

Awak....
kalaulah awak tak sayangkan diri awak pon...awak tak sayang kat ayah awak ke?ya awak..ayah awak..kenapa?

Awak....
awak tahu tak andai kata ayah awak yang pergi terlebih dahulu dari awak, ayah awak akan tanggung dosa-dosa awak dalam kubur nanti..byangkanlah awak berseronok kat dunia ni, tapi ayah awak tersiksa di kubur sana, tak tenteram rohnya awak tau..awak tak kesian ke kat ayah awak?awak sanggup ke ayah awak tersiksa sebab awak?awak tak percaya?

Awak....
saya tau saya tak perfect..dan takde orang pon yang perfect kat dalam dunia ini..ye awak..saya tau saya bukanlah orang alim, saya pon tak lari dari membuat kesilapan..tapi awak, saya tegur sebab saya sayangkan awak..sungguh...

Awak....
awak tau tak saya pernah terbaca post kawan saya dekat twitter..kawan dia meninggal dunia pada usia 24 tahun..banyak gambar-gambar kawan dia dekat facebook, tweeter dan blog yang tak tutup aurat..awak nak tau dia post apa?

"saya nak mintak tolong sangat-sangat pada sapa-sapa yang pandai hacked account facebook, twitter dan blog ataupun ada kenal dengan hackers yang boleh hack semua tu tolong deactivate semua account kawan saya ni..dia dah meninggal dunia tapi banyak gambar dia yang tak tutup aurat kat dalam account tu..saya kesian kan dia, saya sayangkan dia, saya taknak dia tersiksa kat dalam kubur sana"

lebih kurang macam tu lah ayatnya ..itu baru kawan dia , kalau family dia tau macam mana lah pulak ..tapi sampai sekarag account dia masih active..awak bayangkan lah mesti ramai yang masih tengok gambar-gambar dia yang tak tutup aurat tu..mesti dia tengah tersiksa dalam kubur, tak tenang rohnya..sakit awak..kita tak dapat bayangkan..hanya Allah yang tau ..

Awak....
sekali lagi saya nak mintak maaf dengan awak kalau awak terasa dengan teguran saya nih..saya bukan nak tunjuk bagus , saya bukan nak tunjuk alim ..saya tegur mana yang saya mampu ..Insya-Allah saya akan sentiasa berdoa supaya awak berubah..

Awak....
kalau awak baca post nih, tolonglah..tolonglah berubah…kalau nak berubah pelan-pelan pun xpe..tp delete dulu gambar yang xtutup aurat…awak..kalau awak nak tahu..kalau awak pakai tudung lagi cute …

Awak....
ingat...saya tegur ni pon sebab saya sayang awak..sungguh....

nota pelipat lutut :: Awak itu subjektif



 
 
~“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka.“ (Surah An Nur : 30)~

~“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. “ (Surah An Nur : 31)~

Cinta ?

 

Berkata Ibnul Qayyim al-Jauziyah => Cinta itu ada 3 jenis :)
 
1-Seperti Singa&Pedang
    -ia membawa: pengecut => pemberani , bakhil => pemurah , pengarang => tajam penanya ,
                                                lemah => kuat , kesedihan => kegembiraan
   -ia datang apabila: tatkala tepat siapa yg patut dicintai.Tepat matlamat cinta.Tepat pengurusan
                                 cinta.Cinta ini menjadi kemulian dunia&akhirat.Inilah cinta kpd Allah&Rasul
                                  serta jihad dijalanNya.Begitu juga kpd ibubapa,suami isteri,anak2 & harta
                                 keranaNya.

2-Bencana Besar
    -ia membawa: pemimpin => hina , orang terkenal => papa kedana
    -ia datang apabila: tatkala cinta disalur bukan pada tempatnya.Cinta ini menjadi kehinaan
                                  dunia&akhirat.

3-Arak Yang Memabukkan
    -ia membawa: telinga tuli from advise , mata hanya mencari peluang bermaksiat , hati abaikan
                           ingatan Allah pemberi nikmat.
    -ia datang apabila: tatkala cinta dirasakan manfaat sedangkan mudarat.Dekat dengan nafsu,
                                 umbaran syahwat dan penzinaan.

#Cinta yg ada di dlm hati adalah anugerah daripada ALLAH.ALLAH menguji hambaNya kerana saying kepada hambaNya.ALLAH mahu cinta yang dianugerahkan ini dijaga dan dikawal dengan sebaiknya.Bukannya untuk dirosakkan dengan hawa nafsu dan menodainya dengan larangan-larangan yang dibencinya.Yakinlah dengan ALLAH,moga ALLAH permudahkan segala urusan.Cinta yang ikhlas dan abadi memang sukar untuk dimiliki kerana ia hanya layak untuk orang yang bersabar dan berserah diri kepada ALLAH.

~Kawal NAFSU dengan IMAN~
~Kawal RINDU dengan DOA~
~Kawal JELOUS dengan SANGKA BAIK~
~Kawal AMARAH dengan WUDU'~
 

 
                           

Ikhtilat ^_^

 
 
 
 
Ada seorang adik tanya pada saya : "Kenapa tak boleh keluar dengan lelaki ajnabi walaupun takde pegang-pegang, takde sentuh-sentuh, tak buat benda tak senonoh, tak ada pergi tempat gelap. Kita orang keluar just for fun." Saya tersenyum baca mesej nya. Okay saya terangkan di sini, harap adik yang tanya pun membacanya. :')
 
 
 
 
Ikhtilat

Kalau kita tak jaga ikhtilat, iaitu pergaulan kita dengan lelaki bukan mahram, maka kita akan senang dijangkiti penyakit hati.

Bila mata suka memandang kepada ajnabi,
bila mulut suka berbual kosong dengan ajnabi,
bila telinga suka mendengar suara ajnabi,
bila tangan suka ber'chatting' dengan ajnabi,
bila kaki suka melangkah bersama ajnabi,
bila diri suka meraih perhatian ajnabi,
maka kita akan mudah jatuh hati.

Dari situ, syaitan akan mula menggerakkan operasi mereka untuk mengheret kita ke arah yang lebih dimurkai Allah.

Zina.
Na'uzubillah.
 
 
 
Definisi Ikhtilat Dan Hukum Menurut Syara'

Apa itu IKHTILAT ?

- Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya.

- Dari segi istilah Syariat, yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan, berkomunikasi dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti ini?

Adakah percampuran wanita dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?

Jawapannya ialah; Tidak , secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah HARUS, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita asalnya adalah HARAM.

HARAM ? Macam mana nak berkerja, nak belajar, nak berjual beli ?

Dalam hal ini, Ahli Sunnah Wal Jamaah, mengambil pendapat yang pertengahan (mutawasit). Iaitu, berserderhana dalam percampuran lelaki dan wanita, tidak mengharamkan secara mutlak dan tidak juga menghalalkan secara mutlak.

Ulama juga mengariskan beberapa keadaan yang membolehkan menjadikan percampuran antara lelaki dan wanita yang HARAM pada asalnya kepada suatu perkara yang diHARUSkan, antaranya ialah:

1- Dalam keadaan terpaksa (Dharurah)

Menyelamatkan dari keburukan yang lebih besar seperti, kehilangan nyawa dalam kemalangan atau keadaan bahaya, kehilangan maruah dan lain-lain.

2- Dalam keadaan keperluan (Hajat)

- Dalam gerak kerja (mesyuarat, perbincangan & program)
- Dalam pembelajaran (Kelas)
- Jual beli
- Kerja kehakiman
- Saksi
- Amar maaruf nahi mungkar
- Melayan tetamu
- Dalam kenderaan awam
- Percampuran yang menjadi kebiasaan dalam keluarga

p/s: Keadaan diatas menyebabkan ikhtilat menjadi HARUS dengan syarat keadaan percampuran diatas mengelak perkara yang dilarang dalam ikhtilat & menepati syarat-syarat Ikhtilat

Perkara yang dilarang dalam ikhtilat

1- Pandangan yang berlebihan

Pandangan yang berlebihan adalah ditegah dalam Islam, “Katakanlah kepada laki-laki yang beriman supaya menahan pengelihatan dan menjaga kehormatan… dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menahan pengelihatan dan menjaga kehormatan” Surah An-Nur : 30-31

Dan sabda Rasulullah s.a.w. “... janganlah engkau menuruti pandangan pertama kamu dengan pandangan kedua, sesunguhnya pandangan pertama adalah bagi kamu dan yang kedua adalah dosa ke atasmu”

2- Bersentuhan

Sentuhan juga adalah perkara yang dilarang, sabda rasulullah, “Sekiranya kamu ditusuk kepala kamu dengan besi, adalah lebih baik daripada memegang-megang lelaki/perempuan yang tidak halal untuk kamu”
Sentuhan yang dimaksudkan di sini, termasuklah sentukan kulit dan kulit atau berlapik, dan antara analogi mudah yang boleh diberikan, adalah adakah kita boleh membiarkan alat sulit kita disentuh oleh sesiapa sahaja walaupun ianya berlapik?

3- Bercakap lembut

Suara/percakapan juga adalah elemen terpenting yang perlu dijaga, percakapan yang tidak perlu, berbunga dan bermanja perlu dielakkan.
Perbualan yang ringkas, padat dan mencapai maksud adalah lebih baik daripada perbualan yang lain.

4- Khalwat(berdua-duaan)

DILARANG bagi seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan berdua-duaan, melaikan bersama mahram. Tempat sunyi tidak menjadi syarat kepada khalwat. Mahram yang dimaksudkan disini adalah ahli keluarga atau sesiapa sahaja yangmemahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam/maksiat.

5- Tidak menutup aurat

Aurat wanita kepada lelaki yang bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan manakala aurat lelaki kepada wanita yang bukan mahram adalah pusat hingga lutut.

Syarat-syarat Ikhtilat

1- Niat : Kerana Allah
2- Matlamat : Perkara yang memaksa dan keperluan sahaja
3- Tidak bersentuhan : Tidak berlaku sentuhan samada kulit dan kulit atau berlapik
4- Menutup & menjaga aurat : Perlu sentiasa terjaga
5- Menjaga adab bercakap : Ringkas, pada dan difahami, tidak meleret dan berlebihan
6- Mengasingkan tempat : Diasingkan dengan pengasingan yang jelas, samaada kiri dan kanan, depan dan belakang
7- Dibawah kawalan orang yang dipercayai : Bawah pantauan orang yang dipercayai dan memahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam/maksiat. Contoh : Keadaan (Waqi’) mahasiswa Malaysia di Mesir menjadikan pasangan berkahwin (Mutazauwij) adalah orang yang dipercayai.

Salah Faham berkaitan Ikhtilat

- Jumlah lelaki dan wanita dalam satu percampuran tidak mengubah hukum dan adab-adab ikhtilat.

- Terdapat sebilangan masyarakat yang menyalah ertikan Ikhtilat dan Khalwat. Ikhtilat adalah percampuran lelaki wanita, tidak kira bilangan
Khalwat adalah keadaan dimana lelaki dan wanita berdua-duaan tanpa mahram (orang yang dipercayai, memahami hukum islam & mampu menegur)

- Fizikal tubuh (jisim) tidak menjadi syarat berlakunya ikhtilat. Ikhtilat boleh berlaku samada melalui telefon, “chatting” dan lain-lain lagi cara komunikasi yang membolehkan perhubungan/interaksi antara lelaki dan wanita.

- Dalam ikhtilat moden ini, perkara yang dilarang dan syarat-syarat ikhtilat juga perlu dipatuhi bagi mengelakkan ikhtilat yagn diHARAMkan. Kenal atau tidak, warna kulit, bahasa pengantara, bangsa dan kaum yang berbeza tidak menjadi perkara yang membolehkan ikhtilat.

Antara yang sering berlaku apabila ada istilah adik angkat, abang angkat dan kakak angkat, kerana dikatakan perhubungan seperti adik beradik dan tiada nafsu antara mereka, perhubungan seperti ini tidak terlepas dengan Hukum & Adab-adab Ikhtilat. Perhubungan lelaki dan wanita, berlainan negara, bangsa dan warna kulit juga perlu mematuhi Hukum & Adab-Adab Ikhtilat.

“Wallahua’lam”

Rujukan : Kitab Wanita Musafir & Ikhtilat, karangan Ustaz Syaiful Azlan bin Che Daud

Semoga bermanfaat untuk kita semua..  :)
 
 
Selabuh manapun tudung seorang akhawat
Selebat manapun janggut seorang ikhwah
Kalau dah berdua tuhh
Yang ketiga itu tetap syaitonirrojim
Tahu???

Indahnya Penghijrahan :")


Dulu...saya sangat jahil
Dulu...saya buat tudung tu mcm tudung saji..kejap pakai,kejap tak :"(
Dulu..solat subuh dan isyak jarang solat :"(
Dulu..saya malas bangun tahajud
Dulu..pemakaian saya kurang tepat,tidak ikut syariat :"(
Dulu.. saya selalu ingkar arahan ummi ayah :"(
Allahu,,,jahilnya aku dulu

Pada suatu hari,aku bersama 2 orang sepupuku keluar berjalan..Tanpa kami sedari,ada sekumpulan lelaki mengikuti kami dari belakang..Kami cuak.Sepupuku yang baru sahaja berusia 6 tahun itu sudah hampir mahu menangis..Kami berhenti dan ingin membiarkan mereka berlalu pergi dahulu.

Tetapi,jangkaan kami salah.Mereka mendekati kami lalu ketawa terbahak-bahak.Merenik peluh di dahiku.Aku menguatkan semangat lalu menjerit 'Hey!Apa kau orang nak ha'?' Mereka ketawa lagi..Mereka mulai menganggu kami seraya berkata 'Alahai,langsingnya badan' 'Nak cubik sikit boleh?' Allahu,mereka ingin menyentuh kami,lalu aku menjerit sekuat hati 'TOLONG!!!!!'

Mereka berlari meninggalkan kami.Aku dan sepupuku sudah mulai menangis.Allah..Malam itu,aku bersendirian di bilik.Aku terfikir,mengapa mereka mendekati kami sedangkan ramai lagi wanita diluar sana?Aku membuat reflection pada diriku.Allah...Memang salahnya bermula dari aku :"(

Aku teramat sedih dengan musibah ini...lama aku berfikir..mengapa Allah memilih aku untuk ujian ini..? Kata sahabat..berhijrahlah dik..Allah sedang menunjukkan kuasaNya kepadamu..bersyukurlah kerana Allah masih memberimu peluang menginsafi diri..kamu ambillah hikmah disebalik musibah ini..

Allah..saya tidak mampu mengeluarkan apa2 bicara..setelah banyak dosa yang saya lakukan..Allah masih bagi ruang untuk saya berubah..Allah kuasaMu sungguh tiada tandingan.. Aku sombong dan bongkak dengan nikmatMu selama ini.. layakkah aku diampuni...astaghfirullah... Tangisan aku makin lebat ..aku bangun dari katil dan terus berwuduk dan solat... ;"(


Kini ..saya bertudung labuh sebab saya nak jaga setiap inci aurat saya yang telah saya bazirkan kepada mata ajnabi saya selama ini ;")
Kini saya lebih selesa berjubah longgar dan besar supaya tubuh saya tidak lagi menjadi tumpuan para jejaka :")
Kini saya mengenakan sarung tangan agar aurat lengan saya tertutup sempurna ;")
Kini saya berstokin agar kaki saya tidak lagi dpt ditonjolkn secara percuma kepada bukan mahram saya ;")
Kini..saya solat 5 waktu yg wajib beserta solat sunat sebab nak tampung balik dosa2 saya yang dulu :")
Kini..saya bangun tahajud walaupun tak kerap :")
Kini... saya tidak lagi ingkar arahan ummi ayah :")
Kini...sudah 7 tahun aku berhijrah ^_^

ALLAH ITU MAHA ADIL ALLAH ITU MAHA BIJAKSANA ALLAH ITU SEBAIK2 PERANCANG

Penghijrahan itu sangat manis bila kita benar2 menginginkannya ;") berhijrahlah menjadi muslimah sejati dan bukan wanita pemenuh nafsu sang ajnabi

Muslimah Itu Cergas Orangnya!

Kata orang,Wanita  merupakan golongan yg mudah emosional.Tidak dapat menerima dugaan,sikit-sikit menangis.Iye?????Tahu tak kamu,wanitalah yang paling kuat menahan tekanan.Tahu???Wanitalah yang tetap berdiri walau tangisannya tumpah tak berhenti.Bersabarlah wanita.Biar apa orang kata,kerana ALLAH telah berjanji :
 
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu,dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar"  -Surah Al-Baqarah:155-
 

Muslimah itu..
Terkadang gelak kuat tak henti-henti
Terkadang juga minum berdiri
Terkadang sebelum tidur,lupa nak baca doa dan ayat kursi
Terkadang pakai stoking mula kaki kiri
Terkadang aci redah selipar orang tanpa disedari

Muslimah itu..
Terkadang gembira melompat sambil tanyang gigi
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak berdiri lagi
Terkadang rasa marah menguasai diri sampai rasa nak lempang orang tuh laju-laju without mercy

Muslimah itu..
Adalah manusia biasa
Yang tak lari dari segala bagai perasaan
Yang tak lari dari segala macam ujian&pancaroba
Yang tak lari dari segala perasaan lemah
Yang tak lari dari buat khilaf&dosa

Kerana apa?????
Kerana dia juga manusia biasa
Bukannya robot atau machine
Apapun yang pasti..
Dia seorang MUSLIMAH yang...
Sentiasa bangkit bila terjatuh
Walaupun getarnya kaki tak mampu ditahan
Sentiasa cuba untuk gembirakan orang lain
Walaupun hatinya remuk
Sentiasa cuba improvekan diri dari semasa ke semasa
Walaupun kadang dia tersungkur

Dia jatuh
bUKAN kerana dia lemah
Tetapi itu kerana dia cuba ambil masa
Jadi kuat dari sebelumnya
Kerana dia berusaha
Untuk menjadi bidadari dunia&diakhirat sana :")
 
 
 


Sunday 24 November 2013

Aku Masih Baru Di Alam Blog~

 
Assalamualaikum.Aku masih baru disini..Baru bertatih nak berdakwah di blog :) Mohon ajarkan ya sahabat2.Okey,biar aku kenalkn diri aku yg simple nih..hehe..Nak speaking sat nohh... :P
 
For the first,I'm an Muslim girl and proud to be in Islam.Me is me.Nobody can chage me.I love to do what I like to do.Life is like an adventure for me.From Allah we came,to Allah we will return ^_^ I obey what Allah ask and forget what He said to leave.I hate people who push me to do something that I don't want to.MY LIFE MY CHOICE.But I love they give me an good advise.. :)
 
I'm only me.That is all I can be.No more,no less,don't second guess.I love,I live,I laugh,I cry.Some days I'm funny,others I'm not,sometimes I wish that I could  make someone that meaningful in my life,smile because of me ^_^ You may not like me.It's oke because this is me and how I'll stay.I'm not live to please human,I live to please Allah.My body isn't prefect.Yes,everyone didn't perfect.Only He is Perfect.Some nights,I'd rather be myself than 'lepakking' with my friends.I cry over smallest things alone.There are days that I get throughout forced smiles and fake laughs.Sometimes,I try to convince myself that things are going right even they are not.I'm imperfect but I'm perfectly me :") Here I am.THIS IS ME! and I'm stronger enough than you everthought I'd be....
. 
Aku tahu aku pendosa tanpa noktah(PTN) but at least,aku sedang berusaha menjadi yg lebih baik.Aku tak sempurna tapi aku tetap akan teruskan dakwah :) Kesempurnaan takkan menjadi penghalang aku untuk terus mencoret ^_^

Prinsipku 'NO COUPLE TILL NIKAH' ..Akanku cuba pertahankan prinsipku ini sehingga diketemukan olehNya dengan yang HALAL buatku :)
Aku ingin menjadi Hamba Allah yg taat,Remaja yg beradab,Anak yg solehah,Pendidik yg bertakwa,Penulis yg tajam penanya,Mujahidah yg beriman dan Pendakwah yg Berjaya ..Insya-Allah biiznillah..Doakan saya ya!

Aku..
Tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah Az-Zahrah
Bukan sekaya Balqis
Tidak kuat seperti Rabiatul
Tidak pula sehebat Sumaiyyah
 
Aku..
Hanyalah gadis biasa yg masih bertatih mencari redha Ilahi
Masih berusaha memperteguhkan Iman
Masih berusaha menyolehahkan diri
Masih berusaha mempelajari ilmu agama
Aku...
Bercita-cita ingin menjadi wanita solehah
Bercita-cita utk shahid sbg srikandi Islam
 
Aku..
Tidaklah hebat seperti wanita2 pada zaman Rasulullah SAW
Aku hanyalah gadis akhir zaman
Yang terlalu ingin menjadi spt mereka
Meski dosaku tak bernoktah,,,
Aku tetap ingin menjadi HEROIN AGAMA :")