Monday 30 December 2013

Merenung ke arah masa yang berlalu T_T

 
Assalamualaikum...mahu meluahkan perasaan jep :P
Allah...dugaan apakah ini?
Dua hari lagi nak pergi jauh dari keluarga..
Untuk ditarbiyah...
Tapi,dah mula pening-pening,,sakit tekak,,,selsema
Allahu... :'(
Aku tahu,sakit itu kifarah dosa..
Jadi,bantu aku Ya Rabb,,
Bantu aku untuk terus tabah,,,
Bantu aku untuk terus bersabar jika Qada' dan QadarMu bukan ketentuanku..
Allah...
 
Kata Sahabat :
~Sakit itu Magfirah Dosa. Ujian itu Tarbiyyah Diri.
Semakin kuat Imannya, Semakin Hebat Dugaan yg perlu dihadapi.
Tabah & sabarlah dalam menghadapinya.
In sha Allah Kebahagiaan kan menanti.
Kerana Allah sedang menghulurkan Cinta-Nya,
Tanpa engkau sedari~
 

Allah...
Sebenarnya aku rasa amat berat nak tinggalkan keluarga,sahabat,,,semuanya..
Tapi,demi ilmu Allah,aku tetap perlu pergi..
Jeritan hati,hanya Allah yang tahu,,,
Allah tahu apa yang terbaik untuk diriku,,,
"Bersabarlah duhai hati,,kata mahu syurga!" :')
 
Kata ummi:
~Kau tension tanpa kau sedari tahu?Doktor kan pernah kata,kau Nampak macam relax tapi sebenarnya kau tension tanpa sedar.Sabar.Banyakkan berdoa.Insya-Allah akan sihat seperti biasa~
 
Serius aku kata,memang aku rasa tak tenteram..
Tak tenteram sangat..
Rasa seperti sesuatu nak berlaku..Wallahua'alam
Allah..kuatkan aku :'/
3 tahun tanpa keluarga disisi..Allah
Tapi,aku tak bersendirian..aku pasti!
Malaikat kiri kanan ada...
Dan yang paling penting,,,
Aku tahu,Allah ada disetiap langkahku :')
 
Berundur diri dahulu..Udah mahu isyak tuh,ayuh siap2 solat :P

Saturday 28 December 2013

Manusia ohh Manusia -,-

Bila berdakwah,
orang kata bajet bagus, bajet alim, bajet macam tahu semua.


Tak mengapa,
abaikan manusia jenis begitu.

Hanya Allah yang tahu niat dakwah seseorang.
Mulut manusia tak boleh tutup,
lama-lama nanti berhentilah mereka dari 'bercakap'.

Manusia,
dakwahnya malas,
tapi sibuk pertikaikan usaha dakwah orang lain.

*Jika kita tidak mampu menjadi garam yang memasinkan ikan, jangan pula menjadi lalat yang membusukkannya.*
 
Berharap,
Dapat bertentangan empat mata,
Cakap sendiri dengan dia,
"Berhentilah buat macam ni,sakit tahu tak??!"
Tapi,tak mungkinkan...
MUSTAHIL!
Berapa orang antara kita yang dapat terima??
Kalau ada orang datang dekat kita bisik macam tu??
Ada ke yang dapat terima?
Itu baru bisik,belum cakap terus-terusan...
 
Heh...
Kelat.Senyum dah ketat.
Mata dah kecik..
Sebab air mata sudah berat.. :'(
 
Senyum,Senyum itu tanda kekuatan diri.. :'D
Senyum selebar-lebarnya..
 
*PelangiKecil*
Trying to be a strong girl :'/
 
#Aku pendosa tanpa noktah.Inni Akhafullah

Jika ada yang membenci kita berdakwah, itu perkara biasa, kerana dakwah bukan untuk mengambil hati semua orang, tapi untuk memberi kesedaran.. 
# Ustaz Azhar Idrus 
 
 
 
 

You Rock,My Socks \(^_^)/


Dewasa ini,ramai wanita yang enggan menutup aurat mereka dengan sempurna...
Mereka bertanggapan bahawa 'balut' aurat itu sama seperti menutup aurat...
Allahu :'(
 
Perbualan ringkas antara An-Nur dan Umar...
 
An-Nur : Cuba kau teka,apa yang aku tengah buat ni.
Umar : Of courselah kau tengah balut nasi lemak.
An-Nur : Balut tu betullah.Tapi,mana kau tahu yang aku balut nasi lemak?
Umar : Nampak pun taulah sister.Tengok tu,siap ada ikan lagi.
An-Nur : Ikan?Mana kau tahu?Sedangkan aku dah balut habis dah.Tak Nampak apa pun.
Umar : Ala,nampak bentuk ikan la.Nama pun 'baluttt'.
An-Nur : Kalau macam tu,teka yang ni pulak.Ada apa bawah tudung saji ni?
Umar : Erm,bau macam mee goreng.Macam mee rebus pun ada.Ada apa bawah ni?
An-Nur : Salah,cuba teka lagi.
Umar : Erm,maggie ek?
An-Nur :Tak lah!Nie Nasi gorenglah. *sambil buka tudung saji*
 
#Jadi,ada bezanya antara TUTUP dan BALUT wahai kaum Hawa :)
 
  1. Bulu kening “Rasullullah melaknat perempuan yang mencukur/ menipiskan bulu kening/ meminta supaya dicukurkan bulu keningnya” (HR. Abu Daud)
  2. Kaki (tumit kaki) “Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan” (QS. An-Nur : 31)Keterangan : menampakkan kaki & menghayunkan/ melenggokan badan mengikuti hentakan kaki.
  3. Wangian “Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina (HR. Nasaii ibn Khuzaimah & Hibban).
  4. Dada “Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain kudung hingga menutupi dada mereka” (QS. An-Nur : 31).
  5. Gigi “Rasulullah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikir giginya(HR. At-Thabrani)
“Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan ALLAH” (HR. Bukhari & Muslim)
  1. Muka & Tangan. Asma binti Abu Bakar telah telah menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah “Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja” (HR. Bukhari & Muslim)
  2. Tangan “Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik dari pada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya” (HR. At-Thabrani & Baihaqi)
  3. Mata “Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukan sebagian dari pandangannya” (QS. An-Nur : 31)
Sabda Nabi SAW “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan yang seterusnya tidak dibenarkan” (HR. Tirmidzi & Abu Daud)
  1. Mulut (suara) “Janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” (QS. Al Ahzab : 32)
Tunduk = berbicara dengan sikap yang menimbulkan keberanian orang bertindak yang tidak baik terhadap mereka
Dalam hati mereka ada penyakit = orang yang mempunyai niat serong dengan wanita, seperti melakukan zina)
  1. Kemaluan “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin hendaklah mereka menundukan pandangannya dan menjaga kehormatannya (An – Nur : 31)
  2. Pakaian “Barang siapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka ALLAH akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhir nanti” (HR. Abu Daud)
“Sesungguhnya sebilang ahli neraka adalah perempuan-perempuan yang berpakaian tapitelanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat, mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya” (HR. Bukhari & Muslim)
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka, yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” (QS. Al Ahzab : 59)
  1. Rambut “Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mau menutup rambutnya daripada dilihat laki-laki yang bukan mahramnya” (HR. Bukhari & Muslim)
So,Wahai Hawaku sayang,tiada alasan untuk kamu semua tidak menutup aurat dengan sempurna.Sudah terang lagi bersuluh tertulis dalam Al-Quran.Ayuh kita sama-sama tutup aurat Hawaku sayang :)
 
Nota:Kaum Adam,aurat awokkk antara pusat hingga ke lutut.Kalau Hawa boleh tutup hampir seluruh tubuh,takkan la yang sikit tu pun awokk tak mampu tutup -,- Kalau main bola tu,lutut jaga-jaga.Bukan suruh jaga tak kasik cedera,tapi jaga tak kasik nampak -,-
 

Friday 27 December 2013

Hari-hari terakhir bersama SAHABAT FILLAH sebelum semua berpisah untuk ditarbiyah :')

The story begin ..... :P

Makan - Shopping - Isi minyak - Tangkap gambo - Posing - Merayau - Gossip - Gelak-2 ... \(^_^)/

Yang ada dlm gambar= Aqilah Mazlan - Nurul Ain - Nur Auni Husna - Nadhirah Kader ... |(o.O)/
Yang tak ada dlm gambar= Yusrina - Afiqah -Akmal Azhari - Al-Bukhari - Ariff Ikram - Muslim Johari - Amirul Amin - Zulhelmi Zulkifli - Fahmi - Shuhada - Nurain Nuha - Halawa - Muhaieyah - Mastura - Nur Aishah - Idzzaty Idayu - Nur Aliah... \(>_<)/  

Kami bersahabat kerana Allah dan sehingga ke syurga Insya-Allah.. ;')
 

Thursday 26 December 2013

Maafkan aku sahabat (T_T) Warkah buatmu Teman

Assalamualaikum dan Salam Sayyidul Ayyam..Sudahkan anda awali kehidupan anada hari ini dengan surah Al-Kahfi??Belum?? Pergi baca cepaddd :) Hmm...hari ni saya nak tuliskan warkah buat seorang teman saya...Teman yang amat saya kasihi...Teman yang amat sayangkan ukhuwah kami...Teman yang ada dikala aku susah dan senang...Teman ohh teman...Maafkan aku T_T
 
" Maaf maaf maaf maaf maaf.. " 
Hanya ucapan itu yg mampu kuberi..
tanpa sedar ku telah menzalimi dirimu..
Allahu..
Seribu kemaafan kumohon..bukan niat ku utk brbuat sedemikian, malah tidak pernah trlintas sedetikpun dihati kecil ini..
Semuanya kerana diri ini..diri ini yg masih ragu-ragu..
masih buntu..
masih keliru..

Aku tidak layak utk membuat kau tersenyum..
" ALLAH ALLAH ALLAH.. "
Kumohon petunjuk yg sebenar2 daripada Mu..Engkau tuntunilah aku..
Engkau bantulah aku..
 
Aku tidak pernah inginkan perpisahan ini,
Tetapi,aku tidak mampu untuk menidakkan takdir..
Tolonglah faham wahai sahabat..
Perpisahan ini cuma sementara..Insya-Allah
Izinkanlah aku pergi jauh untuk ditarbiyah...
Aku dahagakan ilmu,,
Aku ingin mendalami ilmu Allah..
Aku mohon,engkau izikanlah aku pergi..
Tanpa keizinanmu mana mungkin aku bisa pergi dengan gembira..
Mana mungkin aku bisa belajar dengan tenang...
Allahu 
Aku tidak terdaya..hmm T_T
~Sahabat sejati tidak semestinya perlu berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat terjalin sebati di dalam jiwa. Biarpun jauh, nilai persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan. :") ~
 
Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran .Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka.

Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang, membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.

Meskipun mungkin menegur itu mungkin disalahtafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat….diteruskannya juga.

Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu, marilah kita bersama2 merenung dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin- Imam Ghazali ini.
 
#Benar aku kata,aku sangat menyayangimu kerana Allah..aku sangat bersedih kerana bakal  meniggalkanmu kelak buat sementara biiznillah...Aku akan kehilangan seorang teman yang sangat prihatin akan aku buat sementara..Tetapi,aku tahu,ini semua sementara Insya-Allah..Dirimu sentiasa dalam hatiku wahai sahabat...Aku letakkan dirimu dalam penjagaan Allah kerana aku tahu,engkau lebih selamat dalam penjagaanNya..Aku berdoa agar Allah berikan engkau kebahagiaan yang engkau inginkan..Dan semoga Dia mengejutkanmu dikala tahajudNya memanggil...Membangunkanmu dikala subuhNya menyapa...Jadikan engkau hamba yang taat kepadaNya...Aku tidak akan bimbangkan engkau sepanjang aku berada di bumi tarbiyah kerana aku tahu,Allah akan menjagamu sebaik-baik nya kerana Dia adalah Sebaik-Baik Pelindung :") Fi Hifzillah Sahabat
#FerrariWatch  <--
 

Aku rindukanmu ya Rasulullah SAW :"(

Bismillahirahmanirrahim.... ^_^
Sebelum sebelum ni,kalau baca kisah tentang perjuangan Rasulullah SAW,,,selamba jer..tak dek reaksi...macam tak dek perasaan...
Tapi tadi,bila baca kisah perjuangan Rasulullah SAW di Mekah di Madinah,,Allahu :"( mengalir air mata..
Rasulullah SAW dihina,dicaci,dibaling batu...Allahu,betapa beratnya ujianmu ya Rasulullah SAW..
Tapi aku? 'Dijentik' sikit oleh Allah sudah mula mahu berputus asa..
Allahu :"(

Aku rindu dan saying dgn Rasulullah SAW..
Tapi,layakkah aku??
Aku insan yang jahil...
Aku insan yang sentiasa melakukan dosa...
Aku insan yang kurang berilmu agama...
Allahu :"(

Sungguh aku rasakan diri ini langsung tak layak...
Tapi,aku ingin sekali mahu bertemu denganmu ya Rasulullah SAW..
Aku inginkan syafaatmu...
Aku ingin berada di jannahNya bersamamu...

Kadang-kadang,bila aku nak tidur,,
Aku berniat ingin bermimpikan Rasulullah SAW..
Tapi apakan daya,itu semua ditangan Allah :")
Bermimpikan Rasulullah SAW?
Hanya angan-angan...Mana mungkin insan sekerdil aku bermimpikan Rasulullah SAW...
Allahu.. :"(

Ya Rasulullah SAW,aku rindu dan cintakanmu :"D


"Ya Rabbana,ampunilah dosa hambamu ini.Engkau teguhkanlah imanku,perbaikilah akhlakku.Ya Rahman,Engkau jadikanlah aku hamba yang taat kepadaMu,umat yang solehah,remaja yang beradab,pendidik yang berakal,pendakwah yang berwawasan.Ya Muhaimin,aku rindukan kekasihMu.Ya Rahim,Engkau titipkanlah kekuatan serta kesabaran pada diriku pabila dihina,dicaci.Engkau bantulah aku melalui mujahadahMu." Allahumma Aamiin :")


Jazakallahu Khairan Kathira ^^

Assalamualaikum apa khabar ukhti wa akhi sekalian? :) Apa khabar iman kamu semua?Sihat?Alhamdulillah :)Okey,saya nak tanya nim..hehe
Tau dop apa itu Jazakallahu Khairan Kathira??Tau dop maksudnya?Tau dop faedah menggunakan kalimah tu??Okey,meh saya terangkan..hehe

Ummi saya selalu dok kata,biasakan kalimah 'JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA' di bibir...Saya pelik o.O? Tapi kenapa??Meh2 baca saya terangkan dekat kamu semua ^_^

“Sesiapa yang diberikan kepadanya satu perbuatan kebaikan lalu dia membalasnya dengan mengatakan ‘Jazaakallahu Khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.” (HR.At-Tirmidzi dan An-Nasaa’i)

Biasanya kalau ada orang beri kita sesuatu, bagi yg mengenang budi dia akan ucapkan : 
❝terima kasih❞ atau
❝thank you❞ atau
❝syukran❞ atau
❝arigato❞ atau
❝merci❞ atau
❝xie-xie❞ atau
❝shukriya❞ atau
❝salamot❞ & lain².


Sebenarnya ada kelebihan ucapan "Jazakallah khairan kathira" ni kerana ucapan ini bukan sekadar ucapan malah dapat mendoakannya juga. Macam pepetah Melayu ada berkata bahawa sambil menyelam minum air.


Hal ini terjadi di alam kubur, sebagaimana dalam sebuah hadis yang panjang yang diriwayatkan al-Barro’ bin Azib R.A, bahawa setelah seorang hamba yang beriman diuji (dengan pertanyaan dalam kubur) dan ditetapkan dalam menjawab ujian:
Datanglah seseorang dengan wajah yang baik, berbau wangi dan memakai baju yang bagus, lalu orang tersebut berkata: “Bergembiralah dengan kemuliaan dari Allah dan kenikmatan yang abadi”, maka hamba yang beriman itu bertanya: “Wa anta fa basyarakallahu bi khairin (dan semoga Allah juga memberi khabar gembira berupa kebaikan), siapakah anda?” lalu orang itu menjawab: “Aku adalah amal sholehmu, engkau dahulu-demi Allah-sangat cepat dalam taat kepada Allah sangat lambat (menjauhi) dalam maksiat kepada Allah, fa jazakallahu khairan.”.
Kemudian dibukakan untuknya sebuah pintu syurga dan sebuah pintu neraka, lalu dikatakan: “Ini (neraka) adalah tempatmu seandainya engkau bermaksiat kepada Allah, dan Allah telah menggantikan untukmu dengan yang ini (syurga) ….”. [HR. Ahmad]
 

Apa maksud Jazakallahu Khairan Kathira???




Jazaa = semoga memberi /menambah /membalas,

ka = engkau (seorang lelaki),
Allah = Allah SWT.
Jazaakallah (جَزَاكَ اللهُ) ertinya “Semoga Allah SWT akan memberi / menambah / membalasmu”.
‘Khairan’ ertinya ‘kebaikan’ dan ‘Katsiran’ ertinya ‘banyak’, jadi ‘Khairan Katsiran’ bermaksud ‘Kebaikan yang banyak’.
Jazakallahu Khairan Kathiran=“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak" 


Sebaiknya apabila kita mendengar seseorang mengucapkan Jazakallah khairan / Jazakallah khairan kathira, jawab lah dengan ucapan ini= "Wa iyyaka" yg bererti Dan keatas mu jugak

#Wallahua'alam :) Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang daripada saya sendiri..Assifah ><

Wednesday 25 December 2013

Bantu aku wahai sahabat bukan MENGHINA aku :"(

Aku bukan sesetia KHADIJAH..
Juga bukan setaqwa FATIMAH...
Apalagi sepintar AISYAH...
Jauh sekali sehebat SUMAIYYAH..
Aku HANYALAH PENDOSA TANPA NOKTAH....
Walaupun begitu...Ku tetap mahu...
Menjadi HEROIN AGAMA!

Dear people who hate me,
I have so many things to do,
So,I have no time for you,
NO TIME! -___-


Kau nak caci aku?Maki aku? Cacilah!Makilah! Aku terima cacian kau dengan hati yang terbuka...
Aku masih dalam penghijrahan dan aku tahu,ini adalah salah satu ujian dari ALLAH :')
Dia nak kuatkan iman aku.Jadi,aku takkan give-up,aku takkan lemah...
Aku akan cuba untuk ke hadapan,walau perit manapon masa silam itu...
Sebab,aku tahu,syurga itu indah,manis,cantik..sebab tu ujian2 yang ALLAH bagi dekat aku tersangat sukar untuk aku lalui..tapi,aku tahu,ALLAH takkan biarkan aku merintih seorang diri...
Sebab ALLAH pernah berjanji :

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…   "  ( Al-Baqarah:286)
ALLAH takkan biarkan aku mngharungi ujian2 ini seorang diri..Walaupun tiada siapa yang meneman aku dikala aku menangis,dikala aku bersedih..Tetapi,aku tahu,Dia sentiasa menemani aku..memberi aku semangat untuk terus berjuang..Aku tahu,UJIAN ITU HADIAH DARI ALLAH :'D

~Ujian Itu Hadiah Dari Allah | Hari terus berganti hari. Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pantas berlari. Di celah-celah hari  berwarna-warni  yang di jalani dan ditelusuri, tanpa  disedari atau tidak, manusia sebenarnya  telahpun menempuh pelbagai ujian dan dugaan duniawi. Ujian-ujian yang diberi oleh Allah itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa. Setiap orang diuji olah Allah berbeza-beza mengikut tahap kemampuannya.~
 
 
 

 

kAUM hAwa SekaLian ... hmm :/


~ Disaat diri mu mendedahkan aurat,kamu meminta si

lelaki merendahkan pandangan...

~Disaat diri mu mempamerkan diri tanpa


batasan,kamu tetap meminta si lelaki merendahkan

pandangan...

~Disaat jenayah zina dan rogol semakin berleluasa


maka diri mu masih menyalahkan si lelaki..


#Adakah si lelaki saja yang perlu merendahkan
pandangan tetapi si wanita terus dalam kedegilan???

@Ayat seorang AKHI --> "Amboi,senang hidup
Nampak.Kau bukak aurat,aku kena jaga
pandangan..apa kata kau tutup aurat,aku jaga
pandangan?Adilkan?? :)"

 ~Tutup Aurat dan Akhlak Dijaga~

Cinta,Cintaku dalam DIAM :')

(・_・)っ tepi tepi.
(っ /
Lノ┘

 ^___^
⊂(・_・ ) nak rempuh hati awak
ヽ ⊂二/  
 (⌒) /"


Diam, itulah caraku mencintaimu karena-Nya.Mengharap kesucian agar hatiku dan hatimu tak terbesit oleh nafsu.

Diam, itulah caraku mencintaimu karena-Nya. Mengharap ketaqwaan agar fitrah itu tidak membuat Rabb ku cemburu padaku.

Diam, adalah caraku mencintaimu karena-Nya.Mengharap syafa'at agar selamat di dunia dan di akhirat.

Diam, adalah caraku mencintaimu karena-NYa,Mengharap keridhoan-NYa agar ALLAH tidak membenci perilaku kita.

Diam, adalah caraku mencintaimu karena-NYA.Mengharap keikhlasan agar ALLAH berikan balasan yg indah bagi para pemelihara kesucian.

Diamku bukan berarti aku marah, Diamku,bukan berarti aku mundur,karena aku ingin menjaga kesucian kita, Kadang memang kelemahan sebagai manusia biasa,aku Ada sedikit cemburu di hatiku, Yang ingin agar kau tau,Tapi sekali lagi kau milik ALLAH bukan miliku.

Jadi biarkan cinta ini ku pendam dalam hatiku bila ada siraman RidhoNYA kita kan bersama dan bila tidak,aku yakin akan ada bibit yang lebih baik dari-NYA..

Jadi walau aku cinta aku putuskan untuk diam,biarkan ALLAH yang maha Kuasa mengatur-NYA...

Aamiin ya Rabbal'alamin..


 
Inilah fitrahku.
Bila aku terlalu sayang padanya.
Aku jadi buta,
ya aku jadi buta.
Buta untuk memandang yang lain.

Inilah fitrahku.
Aku menjaga hatiku seutuhnya.
Menjaga ikhilatku sebaiknya.
Ku jauhkan diri dari apa yang orang panggil 'couple'.
Agar Allah tetap pelihara keutuhan kasih sayangku padanya.

Inilah fitrahku.
Tetap saja hati sentiasa risau,
tapi aku yakin,
apa pun pengakhirannya,
aku harus tersenyum.

Ya Allah,
sesungguhnya aku tiada daya atas tiap sesuatu yang engkau telah takdirkan.
Ya Allah,
jadikanlah 'insan ini' halal bagiku.
Jadikanlah 'dia' ayah kepada zuriatku kelak.
Dan sebelum aku menutup mataku,
izinkanlah aku menjadi sebahagian dari solat berjemaahnya.

Ya Allah,
aku sangat sayang padanya,
aku mencintainya dengan sesungguh-sungguhnya hatiku.

Dan bilamana akhirnya kami akan bertemu,
aku berharap kami berdua dapat mengatakan,
"Betapa besarnya kasih sayangMu kerana telah
memberikan kepadaku pasangan yang dapat
membuat hidupku menjadi sempurna."
 
UNTUK KAU BAKAL ZAUJ KU
AKU TAHU,
KAU MASIH LAGI RAHSIA PENCIPTA :")