Thursday 26 December 2013

Jazakallahu Khairan Kathira ^^

Assalamualaikum apa khabar ukhti wa akhi sekalian? :) Apa khabar iman kamu semua?Sihat?Alhamdulillah :)Okey,saya nak tanya nim..hehe
Tau dop apa itu Jazakallahu Khairan Kathira??Tau dop maksudnya?Tau dop faedah menggunakan kalimah tu??Okey,meh saya terangkan..hehe

Ummi saya selalu dok kata,biasakan kalimah 'JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA' di bibir...Saya pelik o.O? Tapi kenapa??Meh2 baca saya terangkan dekat kamu semua ^_^

“Sesiapa yang diberikan kepadanya satu perbuatan kebaikan lalu dia membalasnya dengan mengatakan ‘Jazaakallahu Khairan’ (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.” (HR.At-Tirmidzi dan An-Nasaa’i)

Biasanya kalau ada orang beri kita sesuatu, bagi yg mengenang budi dia akan ucapkan : 
❝terima kasih❞ atau
❝thank you❞ atau
❝syukran❞ atau
❝arigato❞ atau
❝merci❞ atau
❝xie-xie❞ atau
❝shukriya❞ atau
❝salamot❞ & lain².


Sebenarnya ada kelebihan ucapan "Jazakallah khairan kathira" ni kerana ucapan ini bukan sekadar ucapan malah dapat mendoakannya juga. Macam pepetah Melayu ada berkata bahawa sambil menyelam minum air.


Hal ini terjadi di alam kubur, sebagaimana dalam sebuah hadis yang panjang yang diriwayatkan al-Barro’ bin Azib R.A, bahawa setelah seorang hamba yang beriman diuji (dengan pertanyaan dalam kubur) dan ditetapkan dalam menjawab ujian:
Datanglah seseorang dengan wajah yang baik, berbau wangi dan memakai baju yang bagus, lalu orang tersebut berkata: “Bergembiralah dengan kemuliaan dari Allah dan kenikmatan yang abadi”, maka hamba yang beriman itu bertanya: “Wa anta fa basyarakallahu bi khairin (dan semoga Allah juga memberi khabar gembira berupa kebaikan), siapakah anda?” lalu orang itu menjawab: “Aku adalah amal sholehmu, engkau dahulu-demi Allah-sangat cepat dalam taat kepada Allah sangat lambat (menjauhi) dalam maksiat kepada Allah, fa jazakallahu khairan.”.
Kemudian dibukakan untuknya sebuah pintu syurga dan sebuah pintu neraka, lalu dikatakan: “Ini (neraka) adalah tempatmu seandainya engkau bermaksiat kepada Allah, dan Allah telah menggantikan untukmu dengan yang ini (syurga) ….”. [HR. Ahmad]
 

Apa maksud Jazakallahu Khairan Kathira???




Jazaa = semoga memberi /menambah /membalas,

ka = engkau (seorang lelaki),
Allah = Allah SWT.
Jazaakallah (جَزَاكَ اللهُ) ertinya “Semoga Allah SWT akan memberi / menambah / membalasmu”.
‘Khairan’ ertinya ‘kebaikan’ dan ‘Katsiran’ ertinya ‘banyak’, jadi ‘Khairan Katsiran’ bermaksud ‘Kebaikan yang banyak’.
Jazakallahu Khairan Kathiran=“Semoga Allah SWT akan membalas kamu dengan kebaikan yang banyak" 


Sebaiknya apabila kita mendengar seseorang mengucapkan Jazakallah khairan / Jazakallah khairan kathira, jawab lah dengan ucapan ini= "Wa iyyaka" yg bererti Dan keatas mu jugak

#Wallahua'alam :) Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang daripada saya sendiri..Assifah ><

1 comment:

  1. Jackpot City - Casino with Slots - Dr.MCD
    Jackpot City is 경상북도 출장마사지 a 청주 출장안마 casino, bingo, and live casino where you can experience 부산광역 출장샵 the thrill 인천광역 출장샵 of winning 제천 출장마사지 big in the casino!

    ReplyDelete