Thursday 26 December 2013

Maafkan aku sahabat (T_T) Warkah buatmu Teman

Assalamualaikum dan Salam Sayyidul Ayyam..Sudahkan anda awali kehidupan anada hari ini dengan surah Al-Kahfi??Belum?? Pergi baca cepaddd :) Hmm...hari ni saya nak tuliskan warkah buat seorang teman saya...Teman yang amat saya kasihi...Teman yang amat sayangkan ukhuwah kami...Teman yang ada dikala aku susah dan senang...Teman ohh teman...Maafkan aku T_T
 
" Maaf maaf maaf maaf maaf.. " 
Hanya ucapan itu yg mampu kuberi..
tanpa sedar ku telah menzalimi dirimu..
Allahu..
Seribu kemaafan kumohon..bukan niat ku utk brbuat sedemikian, malah tidak pernah trlintas sedetikpun dihati kecil ini..
Semuanya kerana diri ini..diri ini yg masih ragu-ragu..
masih buntu..
masih keliru..

Aku tidak layak utk membuat kau tersenyum..
" ALLAH ALLAH ALLAH.. "
Kumohon petunjuk yg sebenar2 daripada Mu..Engkau tuntunilah aku..
Engkau bantulah aku..
 
Aku tidak pernah inginkan perpisahan ini,
Tetapi,aku tidak mampu untuk menidakkan takdir..
Tolonglah faham wahai sahabat..
Perpisahan ini cuma sementara..Insya-Allah
Izinkanlah aku pergi jauh untuk ditarbiyah...
Aku dahagakan ilmu,,
Aku ingin mendalami ilmu Allah..
Aku mohon,engkau izikanlah aku pergi..
Tanpa keizinanmu mana mungkin aku bisa pergi dengan gembira..
Mana mungkin aku bisa belajar dengan tenang...
Allahu 
Aku tidak terdaya..hmm T_T
~Sahabat sejati tidak semestinya perlu berada di sisi kita setiap masa. Mungkin dalam setahun, pertemuan dengannya boleh dihitung dengan jari. Namun, hubungan dalaman yang erat terjalin sebati di dalam jiwa. Biarpun jauh, nilai persahabatan yang sedemikian akan tergenggam erat dalam diari ingatan. :") ~
 
Pujangga pernah berkata, persahabatan yang tidak jujur umpama meniti buih di lautan. Hamparan buih nan memutih, hanya indah di luaran namun melewatinya bererti menuju ke jurang kehancuran .Mencari sahabat sejati bukanlah mudah….ramai yang bersama berkongsi suka, namun kurang yang ingin menemani kita meniti duka.

Sahabat sejati nilainya tiada bandingan. Dia ibarat berlian yang terbenam di dasar lumpur. Meskipun berbalut kekotoran, gemerlap sinarnya terserlah jua. Sahabat sejati juga menjunjung erti setiakawan, kejujuran dan bertanggugjawab. Sama bergembira di waktu senang, membimbing dan membantu sewaktu diri tergelincir dari batasan.

Meskipun mungkin menegur itu mungkin disalahtafsirkan, tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai sahabat….diteruskannya juga.

Menurut Imam Ghazali, persahabatan itu harus dilandaskan dengan jiwa yang bersih.Malah, Rasulullah S.A.W pernah bersabda:”Tidak sempurna iman kamu jika kamu tidak mengasihi kawan lebih drp kamu mengasihi diri sendiri”.Begitulah besarnya pengertian persahabatan dalam islam bersandarkan konsep persaudaraan. Justeru itu, marilah kita bersama2 merenung dan mengamalkan hak-hak persaudaraan dan persahabatan seperti yang digariskan di dalam Kitab Bimbingan Mukminin- Imam Ghazali ini.
 
#Benar aku kata,aku sangat menyayangimu kerana Allah..aku sangat bersedih kerana bakal  meniggalkanmu kelak buat sementara biiznillah...Aku akan kehilangan seorang teman yang sangat prihatin akan aku buat sementara..Tetapi,aku tahu,ini semua sementara Insya-Allah..Dirimu sentiasa dalam hatiku wahai sahabat...Aku letakkan dirimu dalam penjagaan Allah kerana aku tahu,engkau lebih selamat dalam penjagaanNya..Aku berdoa agar Allah berikan engkau kebahagiaan yang engkau inginkan..Dan semoga Dia mengejutkanmu dikala tahajudNya memanggil...Membangunkanmu dikala subuhNya menyapa...Jadikan engkau hamba yang taat kepadaNya...Aku tidak akan bimbangkan engkau sepanjang aku berada di bumi tarbiyah kerana aku tahu,Allah akan menjagamu sebaik-baik nya kerana Dia adalah Sebaik-Baik Pelindung :") Fi Hifzillah Sahabat
#FerrariWatch  <--
 

No comments:

Post a Comment