Thursday 26 December 2013

Aku rindukanmu ya Rasulullah SAW :"(

Bismillahirahmanirrahim.... ^_^
Sebelum sebelum ni,kalau baca kisah tentang perjuangan Rasulullah SAW,,,selamba jer..tak dek reaksi...macam tak dek perasaan...
Tapi tadi,bila baca kisah perjuangan Rasulullah SAW di Mekah di Madinah,,Allahu :"( mengalir air mata..
Rasulullah SAW dihina,dicaci,dibaling batu...Allahu,betapa beratnya ujianmu ya Rasulullah SAW..
Tapi aku? 'Dijentik' sikit oleh Allah sudah mula mahu berputus asa..
Allahu :"(

Aku rindu dan saying dgn Rasulullah SAW..
Tapi,layakkah aku??
Aku insan yang jahil...
Aku insan yang sentiasa melakukan dosa...
Aku insan yang kurang berilmu agama...
Allahu :"(

Sungguh aku rasakan diri ini langsung tak layak...
Tapi,aku ingin sekali mahu bertemu denganmu ya Rasulullah SAW..
Aku inginkan syafaatmu...
Aku ingin berada di jannahNya bersamamu...

Kadang-kadang,bila aku nak tidur,,
Aku berniat ingin bermimpikan Rasulullah SAW..
Tapi apakan daya,itu semua ditangan Allah :")
Bermimpikan Rasulullah SAW?
Hanya angan-angan...Mana mungkin insan sekerdil aku bermimpikan Rasulullah SAW...
Allahu.. :"(

Ya Rasulullah SAW,aku rindu dan cintakanmu :"D


"Ya Rabbana,ampunilah dosa hambamu ini.Engkau teguhkanlah imanku,perbaikilah akhlakku.Ya Rahman,Engkau jadikanlah aku hamba yang taat kepadaMu,umat yang solehah,remaja yang beradab,pendidik yang berakal,pendakwah yang berwawasan.Ya Muhaimin,aku rindukan kekasihMu.Ya Rahim,Engkau titipkanlah kekuatan serta kesabaran pada diriku pabila dihina,dicaci.Engkau bantulah aku melalui mujahadahMu." Allahumma Aamiin :")


No comments:

Post a Comment