Monday 24 March 2014

Cerpen Islam (Bahagian 2)

  "Akhi memang fitr perlu dikawal dan ada batasnyaah manusia,lelaki akan tertarik kepada perempuan dan begitu juga sebaliknya.Tapi dalam  Islam,perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya.Pergaulan peru dijaga.Allah berfirman dalam surah Al-Isra':17:32

"Dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk"

  "Tapi bang,Amar tak nampak pun yang kami ni mendekati zina.Niat kami baik.Amar dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami.SMS pun takdeklah jiwang-jiwang2,selalu bagi takzirah lagi.Kami selang-selang bagi."Amar tetap tak mahu kalah.
  "Memang betul niat anta baik.Tapi ingatlah,niat tak pernah menghalalkan cara.Yang batil tetap sahaja batil,yang haq tetap sahaja haq.Cuba tengok ayat ni."Sambil brother tu bukak al-Quran dia,dan tunjuk pada Amar ayat ni:

"Dan(juga)kaum Ad dan Tsamud,dan sungguh telah nyata bagi kamu(kehancuran mereka)dari(puing-puing)tempat tinggal mereka.Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka,lalu ia menghalangi mereka dari jaan (Allah),sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam:(Al-Ankabut:29:38)

  "Akhi,kalau anta faham ayat ni,sebenarnya apa yang berlaku kepada anta ialah,syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan.Walaupun anta berilmu tinggi,memang niat anta baik,tapi ingat,syaitan sangat licik.Lagipun,takkanlah sepanjang masa anta SMS dengan dia,anta ingat Allah?Mesti anta ada jugak melayan perasaan dengan dia kan?"

  Betul jugak katanya.Lepas tu Amar kata,"Tapi bang,kitaorang tak jumpa sebab bahaya.Kami sama-sama menjaga diri.Takkan dekat dengan zina jugak bang?"

  "Erm betul,anta dah janji tak nak jumpa dengan dia lagi.Anta dah dapat elakkan zina mata,tangan,kaki.Kalau anta janji tak nak call dia pula,anta dapat elak zina telinga dan lidah.Tapi akhi,mesti ada zina yang tetap anta tak dapat elak bila bercouple"Brother tu tersenyum.
  "Zina hati?"Amar menduga.
  "Betul,zina hati.Semua inilah yang Rasulullah SAW jelaskan,dalam hadithnya tentang bagaiman menghampiri zina itu.Enta boleh 'check' dalam Riyadus Solihin dalam bab 'larangan melihat wanita'.Rasulullah SAW bersabda,tangan boleh berzina dengan berpegangan,kaki boleh berzina dengan berjalan ke tempat maksiat,hati pula boleh berzina dengan merindui,mengingati dan membayangi si dia.Hakikatnya,macam mana pun anta buat,anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

  Amar terdiam...kelu.Tak tahu nak kata apa.Semua yang brother tu cakap,tiada salahnya.Kemudian dia sambung...


  "Ana dulu pun bercouple.Lagi lama,dari sekolah menengah sampai U,dekat  nak gred.Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah,anak terus tinggalkan.Ana siap dah fikir,dialah bakal isteri ana,bakal ibu anak-anak ana."

  "Amar risaulah bang,nanti apa kata kawan-kawan Amar?Dulu,Amar selalu minta diorag rapatkan diri Amar dengan Hanis,tapi sekarang?Amar kusut bang!"

  Masa tu Amar dah mula sebak.Malu betul.Amar menangis depan brother tu.Nasib baik tak dek orang lain masa tu.


  Brother tu jawab"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun,mereka boleh buat apa?Paling teruk pun,mereka akan mengata belakang.Anta dalam berdakwah ni,kita nak cari redha Allah,biarlah orang nak kata apa sekali pun.Kalau Allah tak redha,semuanya tak bermakna."

  "Pasal dia pulak,cuba anta fikir dari sudut positif,mungkin dia akan terima keputusan anta dengan matang.Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak bercouple.Ana yakin,dia takkan melakukan perkara bodoh.Kalau dia buat pun,itu bukan salah anta,anta hanya meninggalkan maksiat."

Amar menagis.Amar sedar yang Amar kena berhenti bercouple.Dah terang lagi bersuluh lampunya,COUPLE ITU HARAM!"Jadi apa Amar nak buat bang?"Amar sebak.


bersambung...... :)


-Mocha-


No comments:

Post a Comment