saya bukan saja-saja nak jaga tepi kain awak, rumah saya pon banyak lagi kain tak lipat..saya bukan nak sibuk pasal awak,saya pun punya banyak kerja sekolah untuk dibuat..tapi saya cuma takut awak kena seksa kat dalam kubur nanti..ramai orang tengok gambar awak..berapa banyak dosa yang awak dapat?bayangkan lah awak..
Awak....
saya paham awak memang nak berubah tapi pelan-pelan kan?..
Awak....
awak tau tak mati tu tak mengenal usia awak..bila-bila masa ja Malaikat Izrail boleh datang cabut nyawa kita awak..awak tak takut ke?
Awak....
kalau awak betul-betul tak nak berubah lagi saya cuma mintak awak delete gambar-gambar awak yang tak tutup aurat tu je..ye awak..SEMUA GAMBAR YANG TAK TUTUP AURAT..kenapa?
Awak....
andai kata ajal awak tiba hari ni atau esok atau bila-bila, awak tak sempat nak delete gambar-gambar awak yang tak tutup au
Awak....
kalaulah awak tak sayangkan diri awak pon...awak tak sayang kat ayah awak ke?ya awak..ayah awak..kenapa?
Awak....
awak tahu tak andai kata ayah awak yang pergi terlebih dahulu dari awak, ayah awak akan tanggung dosa-dosa awak dalam kubur nanti..byangkanlah awak berseronok kat dunia ni, tapi ayah awak tersiksa di kubur sana, tak tenteram rohnya awak tau..awak tak kesian ke kat ayah awak?awak sanggup ke ayah awak tersiksa sebab awak?awak tak percaya?
Awak....
saya tau saya tak perfect..dan takde orang pon yang perfect kat dalam dunia ini..ye awak..saya tau saya bukanlah orang alim, saya pon tak lari dari membuat kesilapan..tapi awak, saya tegur sebab saya sayangkan awak..sungguh...
Awak....
awak tau tak saya pernah terbaca post kawan saya dekat twitter..kawan dia meninggal dunia pada usia 24 tahun..banyak gambar-gambar kawan dia dekat facebook, tweeter dan blog yang tak tutup aurat..awak nak tau dia post apa?
"saya nak mintak tolong sangat-sangat pada sapa-sapa yang pandai hacked account facebook, twitter dan blog ataupun ada kenal dengan hackers yang boleh hack semua tu tolong deactivate semua account kawan saya ni..dia dah meninggal dunia tapi banyak gambar dia yang tak tutup aurat kat dalam account tu..saya kesian kan dia, saya sayangkan dia, saya taknak dia tersiksa kat dalam kubur sana"
lebih kurang macam tu lah ayatnya ..itu baru kawan dia , kalau family dia tau macam mana lah pulak ..tapi sampai sekarag account dia masih active..awak bayangkan lah mesti ramai yang masih tengok gambar-gambar dia yang tak tutup aurat tu..mesti dia tengah tersiksa dalam kubur, tak tenang rohnya..sakit awak..kita tak dapat bayangkan..hanya Allah yang tau ..
Awak....
sekali lagi saya nak mintak maaf dengan awak kalau awak terasa dengan teguran saya nih..saya bukan nak tunjuk bagus , saya bukan nak tunjuk alim ..saya tegur mana yang saya mampu ..Insya-Allah saya akan sentiasa berdoa supaya awak berubah..
Awak....
kalau awak baca post nih, tolonglah..tolonglah berubah…kalau nak berubah pelan-pelan pun xpe..tp delete dulu gambar yang xtutup aurat…awak..kalau awak nak tahu..kalau awak pakai tudung lagi cute …
Awak....
ingat...saya tegur ni pon sebab saya sayang awak..sungguh....
nota pelipat lutut :: Awak itu subjektif
~“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka.“ (Surah An Nur : 30)~
~“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. “ (Surah An Nur : 31)~
~“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. “ (Surah An Nur : 31)~
No comments:
Post a Comment