Dulu...saya sangat jahil
Dulu...saya buat tudung tu mcm tudung saji..kejap pakai,kejap tak :"(
Dulu..solat subuh dan isyak jarang solat :"(
Dulu..saya malas bangun tahajud
Dulu..pemakaian saya kurang tepat,tidak ikut syariat :"(
Dulu.. saya selalu ingkar arahan ummi ayah :"(
Allahu,,,jahilnya aku dulu
Pada suatu hari,aku bersama 2 orang sepupuku keluar berjalan..Tanpa kami sedari,ada sekumpulan lelaki mengikuti kami dari belakang..Kami cuak.Sepupuku yang baru sahaja berusia 6 tahun itu sudah hampir mahu menangis..Kami berhenti dan ingin membiarkan mereka berlalu pergi dahulu.
Tetapi,jangkaan kami salah.Mereka mendekati kami lalu ketawa terbahak-bahak.Merenik peluh di dahiku.Aku menguatkan semangat lalu menjerit 'Hey!Apa kau orang nak ha'?' Mereka ketawa lagi..Mereka mulai menganggu kami seraya berkata 'Alahai,langsingnya badan' 'Nak cubik sikit boleh?' Allahu,mereka ingin menyentuh kami,lalu aku menjerit sekuat hati 'TOLONG!!!!!'
Mereka berlari meninggalkan kami.Aku dan sepupuku sudah mulai menangis.Allah..Malam itu,aku bersendirian di bilik.Aku terfikir,mengapa mereka mendekati kami sedangkan ramai lagi wanita diluar sana?Aku membuat reflection pada diriku.Allah...Memang salahnya bermula dari aku :"(
Aku teramat sedih dengan musibah ini...lama aku berfikir..mengapa Allah memilih aku untuk ujian ini..? Kata sahabat..berhijrahlah dik..Allah sedang menunjukkan kuasaNya kepadamu..bersyukurlah kerana Allah masih memberimu peluang menginsafi diri..kamu ambillah hikmah disebalik musibah ini..
Allah..saya tidak mampu mengeluarkan apa2 bicara..setelah banyak dosa yang saya lakukan..Allah masih bagi ruang untuk saya berubah..Allah kuasaMu sungguh tiada tandingan.. Aku sombong dan bongkak dengan nikmatMu selama ini.. layakkah aku diampuni...astaghfirullah... Tangisan aku makin lebat ..aku bangun dari katil dan terus berwuduk dan solat... ;"(
Kini ..saya bertudung labuh sebab saya nak jaga setiap inci aurat saya yang telah saya bazirkan kepada mata ajnabi saya selama ini ;")
Kini saya lebih selesa berjubah longgar dan besar supaya tubuh saya tidak lagi menjadi tumpuan para jejaka :")
Kini saya mengenakan sarung tangan agar aurat lengan saya tertutup sempurna ;")
Kini saya berstokin agar kaki saya tidak lagi dpt ditonjolkn secara percuma kepada bukan mahram saya ;")
Kini..saya solat 5 waktu yg wajib beserta solat sunat sebab nak tampung balik dosa2 saya yang dulu :")
Kini..saya bangun tahajud walaupun tak kerap :")
Kini... saya tidak lagi ingkar arahan ummi ayah :")
Kini...sudah 7 tahun aku berhijrah ^_^
ALLAH ITU MAHA ADIL ALLAH ITU MAHA BIJAKSANA ALLAH ITU SEBAIK2 PERANCANG
Penghijrahan itu sangat manis bila kita benar2 menginginkannya ;") berhijrahlah menjadi muslimah sejati dan bukan wanita pemenuh nafsu sang ajnabi
No comments:
Post a Comment