Monday, 25 November 2013

Muslimah Itu Cergas Orangnya!

Kata orang,Wanita  merupakan golongan yg mudah emosional.Tidak dapat menerima dugaan,sikit-sikit menangis.Iye?????Tahu tak kamu,wanitalah yang paling kuat menahan tekanan.Tahu???Wanitalah yang tetap berdiri walau tangisannya tumpah tak berhenti.Bersabarlah wanita.Biar apa orang kata,kerana ALLAH telah berjanji :
 
"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu,dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar"  -Surah Al-Baqarah:155-
 

Muslimah itu..
Terkadang gelak kuat tak henti-henti
Terkadang juga minum berdiri
Terkadang sebelum tidur,lupa nak baca doa dan ayat kursi
Terkadang pakai stoking mula kaki kiri
Terkadang aci redah selipar orang tanpa disedari

Muslimah itu..
Terkadang gembira melompat sambil tanyang gigi
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak berdiri lagi
Terkadang rasa marah menguasai diri sampai rasa nak lempang orang tuh laju-laju without mercy

Muslimah itu..
Adalah manusia biasa
Yang tak lari dari segala bagai perasaan
Yang tak lari dari segala macam ujian&pancaroba
Yang tak lari dari segala perasaan lemah
Yang tak lari dari buat khilaf&dosa

Kerana apa?????
Kerana dia juga manusia biasa
Bukannya robot atau machine
Apapun yang pasti..
Dia seorang MUSLIMAH yang...
Sentiasa bangkit bila terjatuh
Walaupun getarnya kaki tak mampu ditahan
Sentiasa cuba untuk gembirakan orang lain
Walaupun hatinya remuk
Sentiasa cuba improvekan diri dari semasa ke semasa
Walaupun kadang dia tersungkur

Dia jatuh
bUKAN kerana dia lemah
Tetapi itu kerana dia cuba ambil masa
Jadi kuat dari sebelumnya
Kerana dia berusaha
Untuk menjadi bidadari dunia&diakhirat sana :")
 
 
 


No comments:

Post a Comment